Sunday 19 June 2011

Perlukah kerajaan BN Tunduk kepada Kaum Cina?


David Teng, bekas ADUN N39 Repok menyalahkan beberapa keputusan dan dasar BN yang menimbulkan tidak puashati rakyat khususnya kaum Cina. Menurut David Teng, kaum Cina tidak mempunyai masalah dengan kerajaan BN Cuma tidak berpuashati dengan beberapa dasar kerajaan BN. David Teng juga yakin kaum Cina akan menyokong BN jika BN mengubah beberapa dasar.

Perlu kah BN mengubah dasar demi kaum Cina sahaja? Bukankah kerajaan BN untuk semua kaum? Sejauhmana David Teng boleh mempastikan kaum Cina akan menyokong BN jika BN ikut kehendak kaum Cina? Tidak cukupkah apa yang kerajaan BN buat untuk kaum Cina? Jika semuanya untuk kaum Cina bagaimana dengan kehendak kaum lain di Sarawak? Adakah kerajaan BN perlu korbankan keperluan kaum lain semata-mata untuk puashati kaum Cina?

Keghairahan BN untuk penuhi kehendak dan tuntutan kaum Cina di Sibu dalam PRK P.212 Sibu menyaksikan BN bazirkan lebih RM30 juta tetapi kaum Cina tetap undi DAP!. Analisis keputusan membuktikan 70 peratus Melayu dan Iban mengundi BN berbanding 25 peratus kaum Cina sedangkan Melayu dan Iban hanya mendapat bantuan kira-kira RM 16 juta sahaja!.

Pembangunan pesat di Miri kerana usaha keras kerajaan BN dibawah kepimpinan SUPP. SAPO (Sarawak Peoples Organisation) di bawah kepimpinan Raymond Tze Tu tidak mampu membawa apa-apa pembangunan di Miri sehinggalah Dr.George Chan menjadi wakil rakyat!. Miri dikuasai oleh peniaga-peniaga Cina hingga orang-orang Melayu yang tinggal di tengah bandar Miri satu ketika dulu dipindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Miri!. Orang Melayu tidak bersungut kerana ingin melihat Miri kemajuan tetapi orang-orang Cina yang kini menguasai Bandaraya Miri masih tidak berpuashati dan menendang keluar Dr.George Chan!. Begitu juga di beberapa-beberapa bandar lain. Orang-orang Melayu terpaksa mengalah demi pembangunan sepertimana berlaku di Sibu, Sarikei dan Kuching!. Tak percaya? Tengoklah apa yang berlaku di Kpg.Datu Sibu, Sarikei dan kampong di sekitar kawasan Satok!.

Banyak bantuan diberi kepada rakyat termasuk kaum Cina!. Cuma kaum Cina sentiasa tidak berpuashati kepada kerajaan kerana kaum Cina tidak mendapat semuanya!. Kaum Cina ingin bolot segala-gala yang ada di Sarawak!.

2 comments:

  1. kerajaan BN tak perlu tunduk kepada cina sebab umno dah banyak mengalah.....

    ReplyDelete
  2. anon 19 june
    benar benar..setuju

    ReplyDelete