Wednesday 8 June 2011

DAP AMAL PECAH DAN PERINTAH


Hasrat DAP untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih kariah masjid dan surau lebih kepada usaha memecah belahkan Melayu dan mematahkan perpaduan orang Islam! Jika benar DAP berhasrat untuk bersikap lebih telus dan adil, DAP juga harus membuat pilihan raya untuk melantik ahli jawatankuasa Kuil, Tokong dan juga Gereja! Jangan pilih bulu biar samarata seperti yang dialing-laungkan DAP!

Untuk terus berkuasa di Pulau Pinang, DAP melaga-lagakan orang Islam supaya mereka tidak bersatu dan lebih mudah untuk DAP menguasai orang Melayu! Malah DAP peralatkan Melayu untuk hancurkan Melayu! Melayu yang bersekongkol dengan DAP sudah lupa daratan! Benar kata Tun Mahathir, Melayu Mudah Lupa!

DAP mempolitikkan segalanya! Kenapa perlu ada pilihan raya sedangkan Jabatan Agama Islam ada untuk memilih orang yang benar-benar layak memimpin kariah masjid dan surau! Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak mampu melawan pemimpin DAP kerana takut kehilangan kuasa! Orang-orang Melayu dalam PAS dan DAP sudah mabuk dengan kuasa dan kemewahan yang mereka perolehi dari DAP hingga sanggup menggadai agama mereka sendiri! Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR sudah bacul dan menjadi pengkhianat kepada agama sendiri!

Bagaimanakah Melayu PAS dan PKR untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya? Melayu akan terus terpinggir dan mengemis di bumi sendiri sekiranya Melayu masih belum sedar dan terus memilih DAP dan PKR! Lihatlah bagaimana Melayu Temasik hilang kuasa dan hingga hari ini tidak mampu bangkit! Pulau Pinang sudah mula menjurus kepada apa yang berlaku di Temasik!

No comments:

Post a Comment