Friday 17 June 2011

PERHIMPUNAN BERSIH YANG TIDAK BERSIH


Kebanyakkan perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH selalunya bertukar menjadi demonstrasi dan platform untuk mengutuk kerajaan. Sejarah membuktikan apabila manusia berhimpun ramai-ramai dan dipengaruhi emosi, tujuan asal perhimpunan tidak dapat dicapai jika dipengaruhi marah yang membuak-buak apatah lagi jika di api-apikan oleh puak pembangkang.

Betul ka BERSIH itu bersih? Sejauhmana pemimpin BERSIH itu bersih dari pengaruh pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS? Apakah kaitan BERSIH dengan puak-puak pembangkang? BERSIH tidak lebih dari sebuah NGO yang menjadi kambing hitam pembangkang!.

Jika benar BERSIH berniat untuk memastikan pilihan raya di Malaysia tidak bersifat adil dan saksama, BERSIH boleh berbincang dan duduk semeja dengan SPR, PDRM dan SPRM kerana agensi ini adalah penguatkuasa undang-undang yang sah. Tindakan BERSIH mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati boleh dilakukan dengan cara yang demokratik dan beradab tanpa perlu berhimpun!.

Perhimpunan BERSIH akan menyusahkan banyak pihak seperti polis dan peniaga!. Masa pihak polis akan dibazirkan untuk mengawal keadaan perhimpunan dan orang-orang BERSIH dari merusuh dan merosakkan harta benda. Pihak polis sepatutnya bertugas mengawal keselamatan rakyat bukannya menjaga pihak BERSIH yang pastinya tidak bersih!. Peniaga-peniaga akan kerugian jutaan ringgit kerana perhimpunan BERSIH akan menakutkan pelanggan-pelanggan dan pelancong-pelancong untuk membeli belah di kawasan tersebut. Belum dikira kos untuk membaiki kerosakan-kerosakan harta benda awam yang perlu ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akibat perhimpunan tersebut!.

Laporan-laporan polis yang dibuat terhadap BERSIH tidak akan memberi kesan jika pihak berkuasa tidak bertindak dan menangkap dalang dan pemain utama penganjur perhimpunan BERSIH. Bercakap dan amaran sahaja tidak memadai kerana pemimpin BERSIH memang bersikap angkuh dan bersedia menentang undang-undang negara!. Dato Hishamuddin Hussein harus bertindak tegas untuk membuktikan kerajaan serius menangani usaha-usaha untuk menimbulkan huru hara di Malaysia. Amaran PM harus dijadikan tindakan!. Cegah sebelum parah kerana BERSIH sebenarnya tidak mempunyai niat yang bersih terhadap kerajaan BN!.

No comments:

Post a Comment