Friday 3 June 2011

Anwar Ibrahim Takut Dengan Bayang Sendiri


Ketakutan Anwar kepada kebenaran sudah cukup jelas. Pertama beliau tidak mahu mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan beliau tidak mensodomi Saiful..walapun pelbagai bukti dikemukakan bahawa beliau adalah pelakunya..
Kedua banyak dolak dalih Anwar untuk melengah-lengahkan perbicaraan..samada beliau mengalami sakit tulang belakang semasa hendak pergi mahkamah..walapun dalam pilihan raya sarawak lalu Anwar boleh berdiri berjam-jam memyampah ceramah..err pembohongan..tanpa ada sakiit pun! Atau Anwar akan minta hakim ditukar..sebab semua hakim yang akan membicarakan Anwar dikatakan berat sebelah..bias..kecualilah mereka ini (hakim-hakim) membuat keputusan yang memihak beliau!. Jika tidak semua hakim di Malaya adalah bias! Yang benar hanya Karpal Singh saja!
Anwar tidak pernah berhenti untuk berbohong! Pembohongan Anwar bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia malah pemimpin seluruh dunia! Jika ini trend kepimpinan yang akan dibawa pakatan pembangkang..pemimpin dunia sudah melihat kerajaan yang akan diterajui Anwar Ibrahim adalah kerajaan pembohong! Manakan tidak..Anwar Ibrahim sanggup mengatakan beliau akan mengambil alih Putrajaya pada 16 September 2008..hingga jurnalis-jurnalis dari luar berebut nak interview Anwar!..brapa kali sudah 16 September berlalu..tapi Anwar masih mampu tersenyum tanpa malu terus membohongi masyarakat Malaysia dan dunia!
Apa cara sekali pun Anwar Ibrahim tidak akan menjenguk sekali lagi ke rumah jel! Anwar akan cari berbagai-bagai helah untuk elak dipenjarakan! Anwar tahu jika beliau masuk penjara kali ini..harapannya nak jadi PM akan terus musnah berkecai! Jika pakatan pembangkang menang semasa beliau dalam penjara, pasti salah seorang dari empat jejaka hebat Malaya..Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh akan duduk di singgahsana yang amat Anwar idamkan! Andai salah seorang dari mereka ini jadi PM, tidak akan mungkin mereka menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim, walaupun beliau dibebaskan! Inilah yang amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim kerana dia sendiri tahu siapa Lim Guan Eng, Karpal Singh, Hadi Awang dan Nik Aziz! Adapun Anwar berkawan dan bersekutu dengan mereka-mereka ini hanya untuk satu matlamat! Iaitu jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia! Tidak lebih dari itu!

No comments:

Post a Comment