Friday 3 June 2011

DAP Teo Nie Ching Bermain Api


Artikel dari Teo Nie Ching, MP Serdang Selangor

Pada hari selasa lepas, saya bersama Tony Pua Kiam Wee, Wong Wei Yik, Yeo Wei Wee
buat lawatan ke Taiwan, sasaran lawatan kali ini bukan secara rasmi dengan agensi
kerajaan Taiwan, dan bukan juga dengan parti-parti di Taiwan, tetapi dengan
alumuni pelajar-pelajar Malaysia di Taiwan.

Kami telah adakan perjumpaan seminar sebanyak 3 kali di sana, seperti di
universiti Perguruan Taiwan (Shi Da), Universiti Selatan Taiwaan (Nan Da), dan
universiti pengangkutan (Jiao Da) di Xinzhu, setiap ceramah dihadiri antara 30
hingga 60 peserta ataupun tidak menentu bilangannya.

Ada seorang mahasiswa bertanya kepada saya, pelajar Malaysia yang belajar di
Taiwan seramai 8000 orang, perjumpaan kita kali ini bilangan pelajar Malaysia
paling sedikit sekali pelajar Malaysia yang hadir; tetapi mereka ini sanggup
berjumpa dengan kita untuk mendapatkan maklumat tentang Malaysia, ini menunjukkan
mereka adalah satu kumpulan yang hangat dan amat peka dengan perkembangan politik
di Malaysia.

Tidak kira dari mana mereka berasal, sama ada dari Sabah dan Sarawak ataupun dari
Pulau Pinang, tidak kira sama ada mereka ini belajar di universiti mana di Taiwan,
saya dapat isu yang mereka ajukan itu pastinya jiwa mereka amat peka dengan
persoalan-persoalan yang mereka ajukan itu.

Yang pertama, soalan mereka sudah tentu tentang pengiktirafan kerajaan sama ada
diiktiraf ataupun tidak sijil gabungan sekolah-sekolah menengah Cina swasta itu,
dan soalan yang kedua ialah sama ada sijil di Taiwan diiktiraf ataupun tidak di
negara kita.

Pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Taiwan, walaupun bukan semuanya,
tetapi sekurang-kurangnya 90 peratus daripada mereka adalah memegang sijil
peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina untuk melayakkan mereka melanjutkan
pelajaran mereka di Taiwan. Sijil sekolah menengah Cina tidak dapat diiktiraf oleh
kerajaan, seterusnya pada masa akan datang sijil universiti Taiwan juga tidak akan
diiktiraf, di dalam jiwa mereka rasa tidak puas hati dan kurang selesa serta rasa
kurang adil terhadap isu ini, kami cuba perjelaskan rancangan dan tuju hala
Pakatan Rakyat, kami memeberitahu mereka dalam (Buku Ungu) Pakatan Rakyat telah
perjelaskan Pakatan Rakyat telah berjanji, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah
kerajaan pusat, akan serta merta mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah
menengah Cina, pelajar cemerlang tidak semestinya belajar di tanah air, kerana
taraf universiti di Malaysia mendata sahaja.

Membazir Kebolehan Pelajar Pintar

Saya nampak apa pandangan mereka itu sangat terang dan jelas terhadap masalah yang
dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswa di Negara kita, baru-baru ini kerajaan Barisan
Nasional bercadang mahu hapuskan biasiswa keluar Negara JPA, kepada pelajar
cemerlang dalam SPM hanya dibenarkan belajar di dalam negara. Saya rasa tindakan
seperti ini hanya mengundang kemunduran, mungkin akhirnya nanti berlaku dua
kategori: yang pertama pelajar cemerlang ini akan mendapat biasiswa yang
ditawarkan oleh Negara asing dan belajar di luar Negara dan mereka-mereka ini
terus tidak kembali ke tanah air, kepada pelajar-pelajar yang dipaksa belajar di
dalam negara pula, jika skema di universiti-universiti tempatan masih mendata
tidak dinaik taraf, akhirnya nanti hanya bazirkan kebolehan pelajar cemerlang ini.

Selain dari itu pelajar Malaysia di Taiwan amat peka tentang perkembangan isu
perkauman di negara kita, adakah politik ini akan menampakkan berakhirnya isu
perkauman. Saya rasa pelajar kita di Taiwan sudah dapat sesuaikan diri mereka
dengan keadaan dan suasana tempatan di Taiwan, jika berjalan di luar sana, kita
tidak dapat mengenal sama ada mereka itu orang tempatan ataupun orang asing yang
belajar di Taiwan, keadaan politik perkauman yang ada di Malaysia, mereka rasa
kurang senang dan rasa benci, kerana mereka di sana dapat menikmati apa yang
dinikmati oleh penduduk tempatan di Taiwan dan mendapat layanan dan kebajikan yang
sama di sana, siapa pula yang mahu kembali ke tanah air sendiri menjadi rakyat
second class ataupun rakyat third class?

Berkaitan keraguan mereka dan kerisauan mereka, kita tidak perlu pening kepala
untuk menterjemahkan isu kepada mereka, hasrat Pakatan Rakyat memang mahu
mengakhiri politik perkauman. Adakah mereka percaya pada Pakatan Rakyat, itu saya
tidak dapat tahu. Tetapi perjalanan kami ke Taiwan kali ini membuahkan hasil,
salah satu adalah junior saya yang akan kembali ke tanah air pada bulan Julai ini
untuk bekerja. Saya rasa junior saya yang akan kembali ke tanah air ini jiwa
mereka seperti saya juga, kami memilih kembali ke tanah air, walaupun di mulut
mereka sebut keburukan di negara sendiri, di lubuk hati mereka negara ini adalah
tempat tinggal dan rumah tempat mereka. Diharap pada masa akan datang, lebih ramai
lagi pelajar dari luar negara kembali ke tanah air.


Pandangan The OutSider:
Mungkin YB Teo Nie Ching masih tak nampak segala keistimewaan kaum Cina di Malaysia perolehi berbanding kaum Cina di negara lain. Memang betul la pelajar-pelajar Cina Malaysia tidak nampak berlainan daripada cina Cina di Taiwan sebab majoriti rakyat di taiwan ialah kaum cina, iaitu merangkumi 90 peratus! Lain la kalau di Taiwan ada Iban - 50%, Melayu- 30%!

Kalau la benar pakatan pembangkang nak hapuskan perkauman di Malaysia, pertama sekali YB teo perlu hapuskan sistem pendidikan Cina! Kenapa perlu adanya dua sistem berbeza dalam sebuah negara! Kenapa tidak semua pendidikan menggunakan kelulusan SPM sahaja dan tidak perlu ada sijil kelulusan gabungan sekolah Cina! Sebabnya kerajaan beri keistimewaan kepada kaum Cina sebagai menghormati hak-hak semua kaum yang ada di Malaysia! Keistimewaan ini tidak ada pada kaum Dayak, kaum Melanau, kaum Bidayuh, kaum Kelabit, kaum Kenyah, Kayan dan sebagainya. Semua kaum di bawah kategori bumiputera menerima sistem pendidikan nasional! Malah orang-orang bumiputera sanggup belajar di sekolah-sekolah Cina atas dasar tiada pilih kasih dan menerima sistem pendidikan Cina!Kenapa pulak kaum Cina tidak boleh terima sistem pendidikan nasional!Bukan kah matlamat DAP untuk kesamarataan?

Andai la kaum Cina di Malaysia di tarafkan sebagai warganegara kelas 3, bagaimana Lim Guan Eng boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Teo Nie Ching sendiri menjadi ahli yang berhormat? YB teo perlu sekali lagi buat kaji selidik supaya dapat mengetahui kaum mana yang paling kaya di Malaysia! YB Teo perlu baca majalah Forbes sebab majalah Forbes senaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia, 34 daripadanya adalah orang-orang Cina! Inikah yang dinamakan 3rd class citizen? YB Teo perlu jengok-jengok di Sarawak dan jalan la ke taman-taman perumahan dan lihat siapakah yang mempunyai rumah-rumah yang besar-besar? Kaum Cina ka kaum bumiputera?

YB Teo masih boleh guna bahasa Cina di Malaysia berbanding kaum Cina di Indonesia, Filipina dan Thailand! Malah tulisan Cina dibenarkan di kedai-kedai dan jalan raya di Malaysia! Tak nampak lagi ke keistimewaan yang kaum Cina perolehi di Malaysia, YB Teo?

No comments:

Post a Comment