Saturday 11 June 2011

PAS GADAIKAN MARUAH DEMI DAP!


PAS sudah terkena sumpahan dan fitnah sendiri! Dulu PAS hentam BN kerana tidak mahu menjadikan Malaysia negara Islam! PAS kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA dan MIC. Maka hari ini PAS juga tidak lagi Islam sebab bekerjasama dengan parti bukan Islam macam DAP!

Demi DAP dan PKR, PAS sudah tanggalkan kopiah mereka! PAS sudah bersubahat dengan DAP dan PKR untuk hina Melayu dan Islam! Antara kejadian penghinaan Islam ialah membenarkan orang-orang bukan Islam menterjemahkan hadis dan ayat Al-Quran! PAS sama-sama bertepuk tangan bila orang-orang bukan Islam PKR dan DAP menyentuh tentang maksud ayat-ayat Al-Quran! Malah Lim Guan Eng di angkat sebagai setaraf Khalifah Umar ! Begitu dahsyatnya ketaksuban PAS terhadap DAP dan PKR!
PAS memang biadap menggunakan ayat-ayat Quran untuk menghukum orang lain tetapi menutup mata hati mereka dengan pelakuan-pelakuan zina anggota mereka! Bukti-bukti jelas yang dikemukakan dikatakan fitnah sedangkan ada manusia yang sanggup bersumpah laknat untuk membuktikan kebenaran beberbanding teman yang mereka sanjung! PAS juga tutup mata bila orang-orang PKR dan DAP benarkan penjualan arak dikawasan orang Islam! PAS tidak berani bersuara melawan tindakan DAP dan PKR!

PAS sudah jualkan maruah dan nilai diri mereka! Maruah dan nilai PAS sudah dibeli oleh DAP dan PKR! PAS sanggup berkompromi demi kuasa tetapi tidak sanggup berkrompromi demi perpaduan Melayu dan agama! Orang-orang PAS masih berkopiah, berjubah dan membawa tasbih tetapi mereka tidak lagi berjuang untuk agama Islam! Mereka tidak lagi bersedia mempertahan Islam! Hukum hudud sudah jadi sejarah lapuk ! PAS jualkan orang-orang Melayu di Pulau Pinang demi kuasa! PAS tidak bantu Melayu walaupun DAP rakus menghancurkan perniagaan Melayu!

Tahniah DAP dan PKR yang sudah berjaya mengubah hala tuju politik PAS! Inilah yang ditunggu-tunggu Lim Kit Siang dan Karpal Singh! Akhirnya pengaruh DAP berjaya meresapi jiwa pemimpin-pemimpin PAS! Tahniah juga kepada PAS kerana sudah buangkan Negara Islam dari agenda! Tahniah juga kepada orang-orang Melayu yang semakin layu dan tidak bersatu! Kaum Cina sudah mula bersatu untuk menjadi kuasa pemerintah! Inilah hasrat dan matlamat sebenar DAP!

No comments:

Post a Comment