Thursday 30 June 2011

Fahaman Komunis Meresap Dalam Pembangkang?


Sedarkah pembangkang siapa Chin Peng? Chin Peng ialah Ketua Komunis Malaya yang lari ke China apabila perjuangan komunis dipatahkan oleh kerajaan! Sedarkah pembangkang betapa ramai anggota keselamatan dan orang awam yang tidak bersalah dibunuh oleh komunis? Adakah pembangkang tidak belajar sejarah dan keperitan semasa darurat?

Mungkin juga PAS dan PKR sudah buta apa sebenarnya perjuangan DAP! Apakah pemimpin Melayu dalam pembangkang sengaja membutakan mata dan hati mereka terhadap keperitan orang Melayu dizaman komunis?

Mungkin juga mereka buta dan sengaja lupa sebab terlalu gila kuasa! Keinginan untuk menumbangkan kerajaan BN begitu tinggi..hingga mereka lupa untuk mempertahankan bangsa dan agama! Kegilaan untuk berkuasa menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja..yang penting mereka menjadi kerajaan!

Kegilaan mereka untuk merampas kerajaan yang dipilih rakyat begitu jelas! Antaranya ialah mengadakan perhimpunan haram..bagi menuntut kerajaan menunaikan kehendak mereka! Demonstrasi jalanan semuanya bermula apabila Anwar hilang kuasa! Anwar jadikan demonstrasi sebagai platform untuk hentam kerajaan…memalukan kerajaan..dengan alasan..begitulah demokrasi ala Anwar Ibrahim!! Demokrasi cara pembangkang ialah bila pembangkang menang..kalau mereka kalah itu tidak demokratik!
Betulkah ideology komunis akan beri pembangkang demokrasi? Faham ka loyar-loyar apa sebenarnya ideologi komunis? Betul ka ideologi komunis akan beri kesamarataan? Kenapa ideologi komunis tidak berjaya di kebanyakan negara? Sejauhmana Fidel Castro, Presiden Cuba beri hak kesamarataan kepada rakyatnya? Kalau samarata..kenapa Fidel Castro dan suku sakatnya sahaja yang kaya raya bukan seluruh rakyat Cuba?

Perkataan ‘komunis’ itu sendiri sudah menggerunkan..bagaimana pula generasi yang pernah merasa kesengsaraan semasa darurat? Bagaimana perasaan keluarga yang kehilangan ayah, ibu atau sanak saudara akibat kekejaman komunis? Pegawai Waran II, Kanang Ak Langkau (sekarang jadi Temenggong) sering menceritakan bagaimana mereka (askar) berperang dengan komunis..dan beliau sendiri menyaksikan kawan-kawan mati ditembak komunis!

Penyusupan fahaman dan ideologi komunis dalam pembangkang akan menjadikan pembangkang lebih agresif..hingga lupa tatasusila kemanusiaan!

No comments:

Post a Comment