Friday 3 June 2011

PAS Makin Sesat?


Semakin lama PAS bergaul dengan DAP dan PKR, semakin hilang hukum hudud dan pembentukkan negara Islam dari kamus PAS! Kegilaan kuasa pengaruh Anwar Ibrahim memberi kesan teruk kepada kepimpinanan PAS apabila PAS membenarkan orang-orang bukan Islam dalam PKR untuk tafsir ayat-ayat suci Al-Quran! Malah PAS begitu seronok dan teruja melihat puak-puak yang tak mandi hadas ini mencemari tafsiran dan maksud sebenar!

Tanda-tanda PAS semakin sesat dari hala tuju cukup jelas dengan fatwa-fatwa nyanyuk Nik Ajis dan Hadi Awang! Jika ada pemimpin kerajaan didapati berzina, PAS pukul canang seluruh negara betapa pemimpin BN tidak bermoral..tetapi bila terkena batang hidung Nik Ajis..YB-YB PAS terlibat Nik Ajis buat senyap..boleh pulak kata Tuhan sudah ampunkan dosa-dosa mereka kerana Nik Ajis dah mohon! Maksum betul Nik Ajis..boleh bercakap dengan Tuhan! Bukti jelas pun PAS kata fitnah!

Nik Ajis pernah kata sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga dan yang mengundi BN akan masuk neraka! Tuhan tidak pernah kata PAS itu Islam dan Islam itu PAS! Maka sesiapa yang mengundi PAS, tak kira bukan Islam akan masuk syurga juga ka Nik Ajis? Hmmmm...

PAS juga terikut DAP dan PKR hari ini bila anak-anak Nik Ajis dan Hadi Awang menjawat jawatan penting dalam parti! Dulu PAS, DAP dan PKR kutuk BN bagai nak rak sebab dalam BN ada anak-anak pemimpin tertinggi tapi beza dengan PAS mereka jadi YB selepas bapa mereka berundur dari parti! Contohnya Mukhriz Mahathir hanya jadi YB bila Tun Mahathir berundur dari parti, Dato Seri Najib, Hishamuddin Hussein, Nur Jazlan semuanya jadi ahli Yang Berhormat selepas bapa-bapa mereka berundur! Ini bezanya dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh..ataupun Anwar Ibrahim..dan ini juga akan berlaku dalam PAS!

Siapa mengamal nepotisme PAS? Kadang-kadang bila terlalu sangat menyelak kain orang lain, terlupa pulak kain sendiri sudah terselak melepasi paha! Kenapa hukum hudud dan negeri Islam tidak dilaksana di Kelantan?

No comments:

Post a Comment