Sunday 12 June 2011

DAP MAKIN GALAK BERSIAP SEDIA TAWAN PUTRAJAYA


Kejayaan DAP memenangi 12 kerusi DUN Sarawak menjadi katalis menyemarak semangat DAP untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Kemenangan di Sarawak menjadikan DAP semakin berani, celupar dan kurang ajar! Terbaru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP melagakan kariah masjid dan surau dengan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli jawatankuasa masjid dan surau! Satu petanda betapa kedudukan agama Islam di Pulau Pinang semakin parah! Adakah mungkin DAP akan mengadakan pilihan raya untuk jawatankuasa Gereja dan Kuil? Kita sama-sama tunggu kerana jika DAP tidak berbuat demikian adalah sah DAP hanya mahu hancurkan kedudukan Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Di Sarawak DAP berura-ura menubuhkan Yayasan Pemikir Dayak (Dayak Brain Trust) untuk mendapat undi kaum Dayak yang merupakan kaum bumiputera terbesar di Sarawak. DAP akan mengambil 10 orang professional Dayak untuk memberi nasihat kepada DAP bagaimana nak tangani masalah Dayak! Mungkin selepas ini kaum Dayak di Pending, Batu Lintang, Padungan, Pujut, Dudong, Bukit Assek, Kota Sentosa, Piasau, Batu Kawah, Kidurong dan Meradong akan mendapat bantuan projek-projek pembangunan daripada wakil-wakil rakyat DAP?

Di Semenanjung DAP memberi perhatian untuk menawan hati pengundi Melayu dengan cadangan meletakkan calon-calon Melayu DAP. Malah ada anak pemimpin Melayu yang ayahnya dulu berjuang mempertahankan Melayu, kini berjuang bersama DAP untuk menghancurkan Melayu! Begitu juga akan berlaku di Sarawak apabila ada kaum Dayak yang sudah mula menggunakan platform DAP untuk berjuang semata-mata mereka tiada tempat dalam parti politik tempatan atau terlalu cepat ingin jadi ahli yang berhormat! DAP sudah mula mengorak langkah dengan mengajak SNAP, parti Dayak pertama Sarawak untuk bergabung supaya DAP dapat menawan kawasan luar bandar di Sarawak!

DAP sudah berjaya memujuk dan mempengaruhi PAS untuk menggugurkan perjuangan untuk menubuhkan negara Islam. Mungkinkah DAP berjaya memujuk SNAP untuk bergabung dan menggugurkan perjuangan mereka sendiri? Jika Dayak tidak bersatu maka Dayak akan terus menjadi ‘pawn’ dalam pertaruhan kuasa politik sepertimana Melayu di semenanjung! Kelemahan inilah yang akan dipergunakan oleh DAP sebaik mungkin untuk berkuasa di Malaysia! Ingat lagi sejarah Kesultanan Melayu Melaka? Jika tiada pengkhianat (Melayu) yang membuka pintu pagar untuk Portugis, Alfonso D’Albuqueque tidak akan berjaya menawan Kota Melaka!

Pemimpin BN dianggap rasis jika menyentuh tentang kaum Cina tetapi DAP tidak dianggap rasis kerana memperjuangkan hak kaum Cina? PERKASA dianggap rasis kerana berjuang untuk Melayu kenapa HINDRAF dan SUQUI tidak dilabelkan rasis?

No comments:

Post a Comment