Thursday 30 June 2011

Fahaman Komunis Meresap Dalam Pembangkang?


Sedarkah pembangkang siapa Chin Peng? Chin Peng ialah Ketua Komunis Malaya yang lari ke China apabila perjuangan komunis dipatahkan oleh kerajaan! Sedarkah pembangkang betapa ramai anggota keselamatan dan orang awam yang tidak bersalah dibunuh oleh komunis? Adakah pembangkang tidak belajar sejarah dan keperitan semasa darurat?

Mungkin juga PAS dan PKR sudah buta apa sebenarnya perjuangan DAP! Apakah pemimpin Melayu dalam pembangkang sengaja membutakan mata dan hati mereka terhadap keperitan orang Melayu dizaman komunis?

Mungkin juga mereka buta dan sengaja lupa sebab terlalu gila kuasa! Keinginan untuk menumbangkan kerajaan BN begitu tinggi..hingga mereka lupa untuk mempertahankan bangsa dan agama! Kegilaan untuk berkuasa menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja..yang penting mereka menjadi kerajaan!

Kegilaan mereka untuk merampas kerajaan yang dipilih rakyat begitu jelas! Antaranya ialah mengadakan perhimpunan haram..bagi menuntut kerajaan menunaikan kehendak mereka! Demonstrasi jalanan semuanya bermula apabila Anwar hilang kuasa! Anwar jadikan demonstrasi sebagai platform untuk hentam kerajaan…memalukan kerajaan..dengan alasan..begitulah demokrasi ala Anwar Ibrahim!! Demokrasi cara pembangkang ialah bila pembangkang menang..kalau mereka kalah itu tidak demokratik!
Betulkah ideology komunis akan beri pembangkang demokrasi? Faham ka loyar-loyar apa sebenarnya ideologi komunis? Betul ka ideologi komunis akan beri kesamarataan? Kenapa ideologi komunis tidak berjaya di kebanyakan negara? Sejauhmana Fidel Castro, Presiden Cuba beri hak kesamarataan kepada rakyatnya? Kalau samarata..kenapa Fidel Castro dan suku sakatnya sahaja yang kaya raya bukan seluruh rakyat Cuba?

Perkataan ‘komunis’ itu sendiri sudah menggerunkan..bagaimana pula generasi yang pernah merasa kesengsaraan semasa darurat? Bagaimana perasaan keluarga yang kehilangan ayah, ibu atau sanak saudara akibat kekejaman komunis? Pegawai Waran II, Kanang Ak Langkau (sekarang jadi Temenggong) sering menceritakan bagaimana mereka (askar) berperang dengan komunis..dan beliau sendiri menyaksikan kawan-kawan mati ditembak komunis!

Penyusupan fahaman dan ideologi komunis dalam pembangkang akan menjadikan pembangkang lebih agresif..hingga lupa tatasusila kemanusiaan!

Wednesday 29 June 2011

Hasart Utama Ambiga Srevenasan : Cetuskan Huru Hara dan Malukan Kerajaan


Siapa Ambiga Srevenasan? Rakyat biasa tidak mengenali Ambiga Srevenasan kecuali konco-konconya dalam Majlis Peguam dan pemimpin-pemimpin pembangkang! Kononya Ambiga seorang pejuang wanita, lantang dan berani menyuarakan pandangan mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia! Betul ka?

Apa yang diperjuangkan oleh Ambiga Srevenasan dan apa sumbanganya terhadap pembangunan negara? Ambiga hanya berjuang mempertahankan pembangkang yang tidak pernah puashati terhadap kerajaan..kerana tidak berjaya menawan Putrajaya! Ambiga Srevenasan hanya menyumbangkan kepada huru hara dan kerosakan harta benda awam! Ambiga juga penyebab kepada beberapa penyokong BERSIH dipenjarakan! Banyak juga sumbangan Ambiga dalam menghuru harakan negara! Ambiga juga mengguriskan hati orang-orang Islam kerana mempertahankan Lina Joy murtad! Ambiga juga punca kepada demonstrasi HINDRAF! Semua nya gara-gara nak demokrasi..nak ketelusan..nak yang adil..nak yang bersih!

Abang Johari Tun Openg mengatakan tidak ada negara di dunia ini yang benar-benar bebas tanpa undang-undang dan peraturan! Disebabkan setiap negara ada undang-undang..maka orang-orang seperti Ambiga boleh jadi lawyer..err loyar..! Kalau negara tidak ada undang-undang maka kehidupan masyarakat tidak akan tenteram! Ambiga tahu semua itu tetapi Ambiga..walaupun pengamal undang-undang..lebih suka lawan undang-undang dan porak perandakan negara!

Kalau Ambiga nak kebebasan..Ambiga boleh cari mana-mana negara didunia ini untuk dapatkan kebebasan! Jangan rosakkan perpaduan yang dibina sejak tahun 1957! Ambiga boleh amalkan undang-undang di Britain, Amerika Syarikat, Israel atau German! Di negara-negara ini ada kebebasan yang dicari-cari oleh Ambiga! Jangan jadi alat pembangkang..untuk timbulkan kekacauan! PM kata..kalau Ambiga Srevenasan betul-betul pejuang..bertanding lah dalam pilihan raya umum akan datang!

Sunday 26 June 2011

Kerajaan PAS Rampas Tanah Rakyat?


Ini rentetan proses pengambilan tanah rakyat oleh PAS..parti yang memperjuangkan negara kebajikan!
• Pejabat Menteri Besar Kelantan mengeluarkan surat pada 23 September 2008 mengarahkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengambil alih semua pengurusan projek-projek Felcra yang dipindahkan kepada Kerajaan Pas Kelantan berkuat kuasa pada 1 April 2008.
• Keputusan untuk menyerahkan projek tersebut kepada PMBK dibuat dalam mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan pada 5 Disember 2007.
• Pengambil alihan projek Felcra tersebut turut melibatkan tanah seluas 145.72 hektar di Air Piau 1 dan 2, Mukim Ulu Kusial, Tanah Merah.
• Jumlah keseluruhan tanah yang diambil alih PMBK daripada Felcra di seluruh negeri Kelantan ialah sebanyak 4,249 hektar.
• Pada 9 Januari 2011, seramai 69 peneroka asal tanah tersebut yang diketuai oleh Mohd. Zainol Ahmad telah menghantar surat kepada Menteri Besar untuk mendapatkan kembali tanah mereka.
• Pada 23 Januari 2011, Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Muhammad telah menghantar surat kepada Ketua Jajahan Tanah Merah dan melampirkan surat peserta terbabit.
• Pada 24 Mac 2011, Mohd. Zainol (wakil peneroka) telah menghantar surat rayuan kepada Felcra dan agensi itu memberikan jawapan bahawa pihaknya tidak ada kena mengena dengan tanah tersebut kerana ia telah diserahkan kepada PMBK melalui surat bertarikh 10 April 2011.
• Bagaimanapun sehingga hari ini, peserta terbabit tidak mendapat sebarang jawapan sama ada daripada Kerajaan Pas Kelantan, PMBK dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
• Ekoran daripada itu, pada 20 Jun 2011, peserta terbabit telah membuat demonstrasi secara aman di kawasan tersebut bagi menuntut semula hak mereka.
• Tanah tersebut diteroka oleh penduduk kampung berhampiran sejak tahun 1980-an lagi, dan PMBK tidak perlu mengeluarkan sebarang modal kerana peserta dan Felcra telah menanam getah.
• Ketika pengambil alihan itu, getah terbabit telah mengeluarkan hasil malah mereka mengalami kerugian yang amat besar tambahan pula kebanyakkan penoreh hanya petani dan bergantung harap dengan hasil getah sahaja.
(terima kasih blog www.selamatkanrakyatselangor.com )
Tuduhan-tuduhan pemimpin PAS terhadap kepimpinan BN Sarawak kini dikembalikan kepada kepimpinan kerajaan PAS Kelantan!. Itulah selalu sangat meludah ke langit..akhirnya ludah jatuh ke muka sendiri!. Bergegar Perhimpunan PAS dengan ucapan retorik Haji Hadi Awang yang mendakwa PAS akan perjuangkan negara kebajikan!..mungkin itulah kebajikan dalam maksud pemimpin PAS..kebajikan untuk pemimpin-pemimpin PAS!.
Banyak sudah air lior PAS jatuh ke muka sendiri sebab..selalu sangat fitnah orang lain..malah ada pemimpin PAS yang mengajak orang Islam untuk bersembahyang hajat..menjatuhkan kerajaan pimpinan Dato Seri Najib!.Orang Islam mendoakan kemudaratan ke atas orang Islam lain!..
Rasanya negara kebajikan PAS..bukan untuk orang Islam lain..seperti berlaku di Kedah semasa banjir dulu!. Orang-orang bukan penyokong atau ahli PAS..tidak mendapat bantuan kerajaan pimpinan Ostad Azizan…pemimpin PAS Kedah!. Kalau lah BN buat macam tu..mungkin lebih banyak tohmahan dilemparkan kepada pemimpin mereka!.
Kesianya ..peneroka-peneroka Ladang Piau..bertahun mereka membanting tulang..mencari rezeki untuk kehidupan..senang-senang kerajaan PAS rampas hasil penat jerih rakyat! Mungkin orang-orang ini bukan..penyokong PAS..sebab itulah tanah yang mereka terokai sejak tahun 1980an..dirampas oleh kerajaan PAS!
Kerajaan PAS makan hasil tulang empat kerat peneroka!

Saturday 25 June 2011

Anwar Ibrahim : Pemimpin Yang Tidak Patut Di Teladani!


‘From Cleopatra To Clinton, Lust Has Moved Leaders And Brought Down Government’ kata Norman West dari Canwest News Service dalam tulisannya Top 10 Sex Scandals Throughout History. Namun kata-kata Mark Twain “Of the delights of this world, man cares most for sexual intercourse.He will go to any length for it---risk fortune,character, reputation, life itself” lebih mendeskripsikan perangai manusia anugerah tuhan yang bernama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim tidak boleh disamakan dengan Eliot Spizer, Gabenor New York yang terpaksa meletak jawatan beliau selepas didapati membelanjakan puluhan ribu dollar untuk memuaskan nafsu seks dengan pelacur!. Spizer berani mengaku dan bertanggungjawab di atas perlakuan beliau dan meletak jawatan, sesuatu yang jauh berbeza dengan Anwar Ibrahim! Anwar Ibrahim boleh disamakan dengan pemimpin Itali, Silvio Berlusconi yang tidak habis-habis dipalit dengan skandal seks!.

Keengganan Anwar Ibrahim untuk bertanggungjawab di atas segala perlakuan jahatnya membezakan beliau dengan pemimpin-pemimpin dunia lain yang terlibat dalam skandal seks!.Inilah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi seorang pemimpin bertaraf dunia!. Jin Renqing, Menteri Kewangan negara China meletak jawatan selepas dikhabarkan mempunyai perempuan simpanan. Victor Emmanuel, anak kepada Raja terakhir Itali, dilucut gelaran selepas ditangkap terlibat dengan pelacur! Peimpin-pemimpin dunia lain meletak jawatan apabila didapati terlibat dalam skandal seks! Tidak sama dengan Anwar Ibrahim!

Kes-kes seks Anwar Ibrahim melibatkan pelakuan luar tabii,iaitu meliwat sepertimana pertuduhan oleh Azizan, bekas pemandunya dan juga bekas coffee boy Anwar..Saiful Bukhari! Semuanya dinafikan oleh Anwar Ibrahim..tetapi peliknya Anwar Ibrahim tidak sanggup mengangkat sumpah laknat..untuk membuktikan tuduhan tersebut sebagai fitnah semata-mata!. Dalam satu temubual, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan hanya orang yang tidak bersalah boleh melakukan sumpah laknat..tetapi kenapa beliau tidak melakukanya!

Anwar Ibrahim penuh tipu muslihat supaya beliau tidak menghadiri prosiding mahkamah! Beliau akan sakit tiba-tiba atau menyuruh kerajaan menukar hakim atau peguam dengan alasan hakim berat sebelah atau peguam tidak layak! Kalau sesiapa pernah baca buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri..mungkin ada yang teringat satu kenyataan yang menyebut..Anwar Ibrahim mempunyai selera seks yang amat berlainan..!

Cabaran Ke-Empat Wawasan 2020 , Tun Mahathir menggariskan untuk mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral ..iaitu menjadi rakyat Malaysia membangun dan maju tetapi tetap memelihara nilai-nilai murni yang tinggi! Sama juga dengan dasar kepimpinan melalui teladan, dimana seorang emimpin harus memberi contoh yang baik samada dari segi sikap, perangai dan juga tingkahlaku!.
Jika begitu lah perangai Ketua Pembangkang..tidak mustahil jika beliau menjadi Perdana Menteri banyak anak-anak muda yang comel..serta wanita-wanita cantik menjadi mangsa nafsu serakah pemimpin negara! Ingat cerita Nadia Comaneci, ratu gimnas dunia yang terpaksa mengharungi kehidupan ngeri di bawah kepimpinan Romania dulu?

Cukuplah negara kita dipenuhi dengan kes-kes ayah, datuk, abang yang merogol darah daging sendiri..jangan pula nanti kita dipenuhi kes-kes penderaan seksual yang meningkat disebabkan nafsu serakah kepimpinan negara!.

Dimana letaknya maruah negara jika pemimpin tidak bermoral dan beretika memimpin negara?

Friday 24 June 2011

Sah! Itu Anwar Ibrahim!


Apalagi muslihat Anwar Ibrahim selepas ini? Percayalah Anwar dan sekutunya akan menuduh pakar-pakar anlisis muka dari Amerika Syarikat bersubahat dengan BN! Manusia Anugerah Tuhan ini bapa kepada segala putarbelit ..malah boleh tipu seluruh dunia beliau akan jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008!

Pakar analisis muka dari Amerika Syarikat mengesahkan Anwar Ibrahim pelakon utama filem lucah yang ditayang oleh trio Dato T!.Berita ini pastinya mengembirakan penerbit-penerbit serta pengarah filem lucah dunia! Maklum la pelakon merupakan tokoh politik popular di Malaysia!. Mungkin juga ada pelakon-pelakon wanita sudah menghubungi Anwar Ibrahim untuk digandingkan bersama mereka!.

Sekarang Anwar Ibrahim boleh dikatakan setaraf Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat yang berskandal dengan pembantunya..atau setaraf bekas Gabenor California, Arnold Schwazenegger..atau Silvio Berlusconi, Perdana Menteri Itali!. Paling lekeh pun Anwar Ibrahim setaraf Senator Amerika , Weiner yang menghantar gambar lucah kepada seorang wanita..atau paling layak dikategori sama dengan Ariel Peterpan..err Peterporn..penyanyi Indonesia!.

Kekanda Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang (bukan malam, sebab dilahir siang hari) dan pencacai utama PKR, Nik Aziz akan keluarkan fatwa fatwi dan falsampah mereka!. Tak tahu apa reaksi loyar utama, Kapal Singh..sebab Anwar bela dia..bayar gaji dia..pasti akan pejuangkan habis-habisan..hingga duit Anwar habis! Mereka tak kisah apa pun kata pakar-pakar dari Amerika sebab PAStinya segala dosa-dosa AnuWar sudah diampunkan melalui sembahyang dan doa Nek Ajis!.

Adakah AnuWar akan meletak jawatan? Tidak sama sekali! Kalau AnuWar pemimpin yang boleh diteladani, PKR tidak akan wujud! Perhimpunan haram tidak akan berlaku! Pemimpin yang rakus untuk merampas kuasa ini tidak akan berundur selagi hayat dikandung badan sehingga cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri tidak tercapai!

Wednesday 22 June 2011

PAS Semakin Nak Jadi Haram


Laungan ‘ISLE’ PAS semakin sayup berbanding sokongan menghalalkan sodomi, zina dan khalwat!. Bermula dengan pelukan Nik Aziz dengan Lim Kit Siang, perjuangan menegakkan ‘isle’ semakin terhakis!.

Sumpah seranah PAS terhadap orang-orang BN kini makan diri sendiri!. Antara perkara yang dikembalikan Tuhan kepada mereka ialah PAS kini berpimpin tangan dan seiring dengan DAP!. Dulu PAS kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA!. Adakah sekarang ini PAS juga kafir?
Kedua, PAS kutuk dan cerca orang-orang BN yang terlibat dengan khalwat dan zina!. Dek terlalu jaga kain buruk orang Nik Aziz tak sedar yang ada di sekelilingnya juga lebih hebat dari orang BN dalam bab-bab khalwat dan zina sampai boleh buat dalam kereta api!. Tapi sebagai orang yang maksum doanya, Nik Aziz sampaikan wahyu Tuhan bahawa orang-orang PAS yang berzina dan berkhalwat sudah diampunkan Tuhan!. Begitulah hebatnya doa dan sembahyang Nik Aziz!.

Ketiga, PAS kata Malaysia bukan negara Islam kerana kerajaan BN tidak laksanakan undang-undang Islam!. Tuhan kembalikan tuduhan tersebut kepada PAS dan hari ini PAS tukar halatuju, buangkan perjuangan menegak negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud sebab dalam Al-Quran tak sebut negara Islam sebaliknya negara kebajikan!. Itu Haji Hadi Awang yang kata!. Hukum hudud pun tak pernah dilaksana di Kelantan walaupun PAS yang jadi kerajaan!!.

Keempat, Nik Aziz kata orang-orang yang memfitnah Anwar Ibrahim harus bertaubat dan memohon maaf dan perlu mencium kaki Anwar Ibrahim untuk melangsaikan dosa-dosa mereka memfitnah!. Nik Aziz dan orang-orang PAS tak pernah pun cium kaki Tun Mahathir, Abdullah Badawi dan banyak lagi pemimpin BN yang mereka fitnah selama ini?. Begitulah taksubnya Nik Aziz dan PAS terhadap Anwar Ibrahim!. Err…Mat Sabu dah cium kaki Anwar Ibrahim ke sebab antara orang yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ialah Mat Sabu!.

Kelima, Nik Aziz kata sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga sedangkan syurga dan neraka ditentukan oleh Tuhan. Siapa masuk neraka sebab perangai mereka memang jahat termasuk la orang-orang PAS yang tak tinggal sembahyang tetapi mencaci, menghina, mencerca dan memfitnah orang lain!. Orang-orang yang masuk syurga bukan kerana mereka mengundi PAS sebab dalam Al-Quran pun tak pernah sebut PAS!.

Keenam PAS kutuk kerajaan BN kerana benarkan penjualan arak dan perjuadian tetapi PAS tak halang pemimpin DAP di Selangor yang dengan jelas memberi kebenaran penjualan arak di kawasan majoriti Melayu!. PAS tak berani bersuara sebab PAS memang takut dengan DAP!.

Tuesday 21 June 2011

DAP Semakin Biadap!.


Mana perginya slogan ‘dari rakyat untuk rakyat’ DAP? DAP mengatakan mereka menghormati hak semua kaum tetapi tindakan DAP tidak ssebaliknya!. Terbaru Ketua Pembangkang Sarawak, Wong Ho Leng mengatakan semua ADUN DAP tidak akan memakai pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana ada songkok!.

DAP begitu fobia dengan songkok sebab songkok melambangkan Melayu dan Islam!. Kebencian DAP terhadap Melayu dan Islam begitu dalam hingga apa-apa pakaian rasmi yang ada menggunakan songkok akan ditolak oleh DAP!. DAP tidak menerima apa sahaja berkaitan Melayu dan Islam!.
Inilah bezanya perjuangan politik DAP dan SUPP. Walaupun kedua-dua parti didominasi kaum Cina, pemimpin SUPP masih menerima dan bertolak ansur dalam hal-hal berkaitan kaum dan agama! Pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam BN boleh menerima dan menggunakan pakaian rasmi DUN kerana ia sebahagian daripada peraturan yang sudah ditetapkan zaman berzaman, sebelum DAP jejak kaki di Sarawak!.

Jika ada parti politik yang bersifat rasis, parti tersebut ialah DAP!. Keengganan ADUN DAP menggunakan pakaian rasmi menunjukkan betapa DAP tidak menghormati langsung undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan!. DAP tunjuk biadap dengan tidak menghormati Dewan!. Beginikah perangai pemimpin yang dipilih dan diharap oleh rakyat? Jika DAP sanggup bersikap biadap dan tidak menghormati peraturan DUN, apa jaminan rakyat, DAP akan menghormati hak-hak bumiputera lain?

Mungkin slogan ‘dari rakyat untuk rakyat’ DAP hanya khusus untuk kaum Cina sahaja!.

Monday 20 June 2011

Pemimpin BERSIH Rela Ditahan ISA


Kedegilan pemimpin BERSIH untuk meneruskan perhimpunan secara terang menentang undang-undang negara!. Pemimpin BERSIH sedar mereka akan ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika ditangkap kerana mengadakan perhimpunan haram. Pihak polis telah memberi amaran supaya BERSIH tidak mengadakan perhimpunan tersebut tetapi pemimpin BERSIH sudah bersedia untuk menghadapi apa-apa tindakan pihak kerajaan ke atas mereka.

Kebanyakkan pemimpin BERSIH terdiri dari pengamal undang-undang dan profesion peguam. Kelompongan (loopholes) dalam undang-undang negara diambil kesempatan oleh mereka untuk mencapai matlamat yang tidak bersih!. Amaran demi amaran diberi pemimpin kerajaan dan penguatkuasa undang-undang negara namun BERSIH sudah menutup semua pintu perundingan kerana desakan pemimpin-pemimpin pembangkang. Jika BERSIH tidak hiraukan undang-undang negara, maka peguam-peguam yang memimpin BERSIH harus berundur dari profesion mereka!.

BERSIH bukan NGO yang memperjuangkan keadilan sebaliknya NGO yang didalangi pembangkang!. Pemimpin BERSIH merupakan kuda tunggangan pembangkang yang berselindung disebalik nama NGO!. Untuk hapuskan petualang negara ini, hapuskan BERSIH dan pemimpin-pemimpin BERSIH harus ditahan kerana menimbulkan kekacauan dalam negara!. Lesen-lesen peguam dalam BERSIH harus ditarik balik!.

Sunday 19 June 2011

Perlukah kerajaan BN Tunduk kepada Kaum Cina?


David Teng, bekas ADUN N39 Repok menyalahkan beberapa keputusan dan dasar BN yang menimbulkan tidak puashati rakyat khususnya kaum Cina. Menurut David Teng, kaum Cina tidak mempunyai masalah dengan kerajaan BN Cuma tidak berpuashati dengan beberapa dasar kerajaan BN. David Teng juga yakin kaum Cina akan menyokong BN jika BN mengubah beberapa dasar.

Perlu kah BN mengubah dasar demi kaum Cina sahaja? Bukankah kerajaan BN untuk semua kaum? Sejauhmana David Teng boleh mempastikan kaum Cina akan menyokong BN jika BN ikut kehendak kaum Cina? Tidak cukupkah apa yang kerajaan BN buat untuk kaum Cina? Jika semuanya untuk kaum Cina bagaimana dengan kehendak kaum lain di Sarawak? Adakah kerajaan BN perlu korbankan keperluan kaum lain semata-mata untuk puashati kaum Cina?

Keghairahan BN untuk penuhi kehendak dan tuntutan kaum Cina di Sibu dalam PRK P.212 Sibu menyaksikan BN bazirkan lebih RM30 juta tetapi kaum Cina tetap undi DAP!. Analisis keputusan membuktikan 70 peratus Melayu dan Iban mengundi BN berbanding 25 peratus kaum Cina sedangkan Melayu dan Iban hanya mendapat bantuan kira-kira RM 16 juta sahaja!.

Pembangunan pesat di Miri kerana usaha keras kerajaan BN dibawah kepimpinan SUPP. SAPO (Sarawak Peoples Organisation) di bawah kepimpinan Raymond Tze Tu tidak mampu membawa apa-apa pembangunan di Miri sehinggalah Dr.George Chan menjadi wakil rakyat!. Miri dikuasai oleh peniaga-peniaga Cina hingga orang-orang Melayu yang tinggal di tengah bandar Miri satu ketika dulu dipindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Miri!. Orang Melayu tidak bersungut kerana ingin melihat Miri kemajuan tetapi orang-orang Cina yang kini menguasai Bandaraya Miri masih tidak berpuashati dan menendang keluar Dr.George Chan!. Begitu juga di beberapa-beberapa bandar lain. Orang-orang Melayu terpaksa mengalah demi pembangunan sepertimana berlaku di Sibu, Sarikei dan Kuching!. Tak percaya? Tengoklah apa yang berlaku di Kpg.Datu Sibu, Sarikei dan kampong di sekitar kawasan Satok!.

Banyak bantuan diberi kepada rakyat termasuk kaum Cina!. Cuma kaum Cina sentiasa tidak berpuashati kepada kerajaan kerana kaum Cina tidak mendapat semuanya!. Kaum Cina ingin bolot segala-gala yang ada di Sarawak!.

Saturday 18 June 2011

Kebiadapan DAP Tercalar


Campur tangan ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong akhirnya membatalkan usaha kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya masjid dan surau. Kebiadapan kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP jelas melanggar Perlembagaan kerana mengadakan pilihan raya masjid tanpa merujuk kepada DYMM SPB YDP Agong yang merupakan Ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja.

Kepimpinan DAP, PAS dan PKR di Pulau Pinang sengaja mencetuskan usul tersebut untuk mengalih pandangan rakyat terhadap krisis yang melanda Anwar Ibrahim. Kepimpinan kerajaan Pulau Pinang tahu dan arif dengan Perlembagaan negara namun tetap berkeras meneruskan rancangan tersebut. Mereka sedar rakyat Melayu akan marah dan dengan itu mereka akan menuduh UMNO rasis!.

DAP mempunyai banyak helah untuk memecahkan Melayu di Pulau Pinang kerana mereka sedar, jika Melayu terus bersatu DAP tidak akan mampu menawan kerajaan Malaysia. Maka kehadiran PAS dan PKR sebagai rakan seperjuangan amat diperlukan bagi mencapai matlamat DAP!. DAP sedar untuk menundukkan Melayu, DAP memerlukan orang Melayu. Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR akan dijadikan tunggangan hingga DAP mencapai matlamat mereka. Lihat bagaimana DAP memusnahkan gerai-gerai orang Melayu dan menutup rezeki orang Melayu di Pulau Pinang!.

Tak tahulah samada Melayu Pulau Pinang sedar atau tidak kerana jelas BN tidak akan mampu menawan Pulau Pinang jika Melayu terus berpecah belah!.

Friday 17 June 2011

PERHIMPUNAN BERSIH YANG TIDAK BERSIH


Kebanyakkan perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH selalunya bertukar menjadi demonstrasi dan platform untuk mengutuk kerajaan. Sejarah membuktikan apabila manusia berhimpun ramai-ramai dan dipengaruhi emosi, tujuan asal perhimpunan tidak dapat dicapai jika dipengaruhi marah yang membuak-buak apatah lagi jika di api-apikan oleh puak pembangkang.

Betul ka BERSIH itu bersih? Sejauhmana pemimpin BERSIH itu bersih dari pengaruh pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS? Apakah kaitan BERSIH dengan puak-puak pembangkang? BERSIH tidak lebih dari sebuah NGO yang menjadi kambing hitam pembangkang!.

Jika benar BERSIH berniat untuk memastikan pilihan raya di Malaysia tidak bersifat adil dan saksama, BERSIH boleh berbincang dan duduk semeja dengan SPR, PDRM dan SPRM kerana agensi ini adalah penguatkuasa undang-undang yang sah. Tindakan BERSIH mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati boleh dilakukan dengan cara yang demokratik dan beradab tanpa perlu berhimpun!.

Perhimpunan BERSIH akan menyusahkan banyak pihak seperti polis dan peniaga!. Masa pihak polis akan dibazirkan untuk mengawal keadaan perhimpunan dan orang-orang BERSIH dari merusuh dan merosakkan harta benda. Pihak polis sepatutnya bertugas mengawal keselamatan rakyat bukannya menjaga pihak BERSIH yang pastinya tidak bersih!. Peniaga-peniaga akan kerugian jutaan ringgit kerana perhimpunan BERSIH akan menakutkan pelanggan-pelanggan dan pelancong-pelancong untuk membeli belah di kawasan tersebut. Belum dikira kos untuk membaiki kerosakan-kerosakan harta benda awam yang perlu ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akibat perhimpunan tersebut!.

Laporan-laporan polis yang dibuat terhadap BERSIH tidak akan memberi kesan jika pihak berkuasa tidak bertindak dan menangkap dalang dan pemain utama penganjur perhimpunan BERSIH. Bercakap dan amaran sahaja tidak memadai kerana pemimpin BERSIH memang bersikap angkuh dan bersedia menentang undang-undang negara!. Dato Hishamuddin Hussein harus bertindak tegas untuk membuktikan kerajaan serius menangani usaha-usaha untuk menimbulkan huru hara di Malaysia. Amaran PM harus dijadikan tindakan!. Cegah sebelum parah kerana BERSIH sebenarnya tidak mempunyai niat yang bersih terhadap kerajaan BN!.

Sunday 12 June 2011

DAP MAKIN GALAK BERSIAP SEDIA TAWAN PUTRAJAYA


Kejayaan DAP memenangi 12 kerusi DUN Sarawak menjadi katalis menyemarak semangat DAP untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Kemenangan di Sarawak menjadikan DAP semakin berani, celupar dan kurang ajar! Terbaru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP melagakan kariah masjid dan surau dengan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli jawatankuasa masjid dan surau! Satu petanda betapa kedudukan agama Islam di Pulau Pinang semakin parah! Adakah mungkin DAP akan mengadakan pilihan raya untuk jawatankuasa Gereja dan Kuil? Kita sama-sama tunggu kerana jika DAP tidak berbuat demikian adalah sah DAP hanya mahu hancurkan kedudukan Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Di Sarawak DAP berura-ura menubuhkan Yayasan Pemikir Dayak (Dayak Brain Trust) untuk mendapat undi kaum Dayak yang merupakan kaum bumiputera terbesar di Sarawak. DAP akan mengambil 10 orang professional Dayak untuk memberi nasihat kepada DAP bagaimana nak tangani masalah Dayak! Mungkin selepas ini kaum Dayak di Pending, Batu Lintang, Padungan, Pujut, Dudong, Bukit Assek, Kota Sentosa, Piasau, Batu Kawah, Kidurong dan Meradong akan mendapat bantuan projek-projek pembangunan daripada wakil-wakil rakyat DAP?

Di Semenanjung DAP memberi perhatian untuk menawan hati pengundi Melayu dengan cadangan meletakkan calon-calon Melayu DAP. Malah ada anak pemimpin Melayu yang ayahnya dulu berjuang mempertahankan Melayu, kini berjuang bersama DAP untuk menghancurkan Melayu! Begitu juga akan berlaku di Sarawak apabila ada kaum Dayak yang sudah mula menggunakan platform DAP untuk berjuang semata-mata mereka tiada tempat dalam parti politik tempatan atau terlalu cepat ingin jadi ahli yang berhormat! DAP sudah mula mengorak langkah dengan mengajak SNAP, parti Dayak pertama Sarawak untuk bergabung supaya DAP dapat menawan kawasan luar bandar di Sarawak!

DAP sudah berjaya memujuk dan mempengaruhi PAS untuk menggugurkan perjuangan untuk menubuhkan negara Islam. Mungkinkah DAP berjaya memujuk SNAP untuk bergabung dan menggugurkan perjuangan mereka sendiri? Jika Dayak tidak bersatu maka Dayak akan terus menjadi ‘pawn’ dalam pertaruhan kuasa politik sepertimana Melayu di semenanjung! Kelemahan inilah yang akan dipergunakan oleh DAP sebaik mungkin untuk berkuasa di Malaysia! Ingat lagi sejarah Kesultanan Melayu Melaka? Jika tiada pengkhianat (Melayu) yang membuka pintu pagar untuk Portugis, Alfonso D’Albuqueque tidak akan berjaya menawan Kota Melaka!

Pemimpin BN dianggap rasis jika menyentuh tentang kaum Cina tetapi DAP tidak dianggap rasis kerana memperjuangkan hak kaum Cina? PERKASA dianggap rasis kerana berjuang untuk Melayu kenapa HINDRAF dan SUQUI tidak dilabelkan rasis?

Saturday 11 June 2011

PAS GADAIKAN MARUAH DEMI DAP!


PAS sudah terkena sumpahan dan fitnah sendiri! Dulu PAS hentam BN kerana tidak mahu menjadikan Malaysia negara Islam! PAS kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA dan MIC. Maka hari ini PAS juga tidak lagi Islam sebab bekerjasama dengan parti bukan Islam macam DAP!

Demi DAP dan PKR, PAS sudah tanggalkan kopiah mereka! PAS sudah bersubahat dengan DAP dan PKR untuk hina Melayu dan Islam! Antara kejadian penghinaan Islam ialah membenarkan orang-orang bukan Islam menterjemahkan hadis dan ayat Al-Quran! PAS sama-sama bertepuk tangan bila orang-orang bukan Islam PKR dan DAP menyentuh tentang maksud ayat-ayat Al-Quran! Malah Lim Guan Eng di angkat sebagai setaraf Khalifah Umar ! Begitu dahsyatnya ketaksuban PAS terhadap DAP dan PKR!
PAS memang biadap menggunakan ayat-ayat Quran untuk menghukum orang lain tetapi menutup mata hati mereka dengan pelakuan-pelakuan zina anggota mereka! Bukti-bukti jelas yang dikemukakan dikatakan fitnah sedangkan ada manusia yang sanggup bersumpah laknat untuk membuktikan kebenaran beberbanding teman yang mereka sanjung! PAS juga tutup mata bila orang-orang PKR dan DAP benarkan penjualan arak dikawasan orang Islam! PAS tidak berani bersuara melawan tindakan DAP dan PKR!

PAS sudah jualkan maruah dan nilai diri mereka! Maruah dan nilai PAS sudah dibeli oleh DAP dan PKR! PAS sanggup berkompromi demi kuasa tetapi tidak sanggup berkrompromi demi perpaduan Melayu dan agama! Orang-orang PAS masih berkopiah, berjubah dan membawa tasbih tetapi mereka tidak lagi berjuang untuk agama Islam! Mereka tidak lagi bersedia mempertahan Islam! Hukum hudud sudah jadi sejarah lapuk ! PAS jualkan orang-orang Melayu di Pulau Pinang demi kuasa! PAS tidak bantu Melayu walaupun DAP rakus menghancurkan perniagaan Melayu!

Tahniah DAP dan PKR yang sudah berjaya mengubah hala tuju politik PAS! Inilah yang ditunggu-tunggu Lim Kit Siang dan Karpal Singh! Akhirnya pengaruh DAP berjaya meresapi jiwa pemimpin-pemimpin PAS! Tahniah juga kepada PAS kerana sudah buangkan Negara Islam dari agenda! Tahniah juga kepada orang-orang Melayu yang semakin layu dan tidak bersatu! Kaum Cina sudah mula bersatu untuk menjadi kuasa pemerintah! Inilah hasrat dan matlamat sebenar DAP!

Thursday 9 June 2011

DAP HANYA TONG KOSONG


DAP sebenarnya tidak mempunyai idea atau cadangan yang berfaedah untuk kaum Cina walau pun semasa kempen, DAP mendabik dada mereka adalah pejuang hak kaum Cina! Pengundi-pengundi Cina yang mengundi DAP ternyata sudah terpedaya dengan janji-janji manis DAP semasa kempen pilihan raya.

MP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dari DAP baru-baru ini memohon Dr.Sim Kian Hui, calon BN yang kalah di Pending untuk berkongsi cadangan pembinaan pusat kesihatan metropolis demi kebaikan bersama. ADUN Pending Violet Yong (DAP) juga menyatakan hasrat sama kepada Dr.Sim Kian Hui, supaya cadangan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen kelak!
Andai kata Dr.Sim Kian Hui bersetuju, pastinya DAP akan sekali lagi melaungkan betapa mereka berjaya mengemukakan cadangan yang lebih baik dari BN dalam memperjuangkan kesihatan rakyat disamping mampu membuka ruang pekerjaan kepada rakyat! Begitulah taktik DAP untuk mengaburi mata masyarakat!. DAP hanya mampu mengkritik, menghentam dan memburukkan cadangan-cadangan BN tetapi tidak mampu untuk menyediakan cadangan lebih baik!. Apakah sumbangan DAP kepada pengundi? Wakil-wakil DAP di Sarawak hanya bercakap kosong!


Kidurong contohnya, tidak akan maju jika BN tidak membangunkannya dan DAP hanya menjadi watchdog sejak menjadi wakil rakyat tanpa memberi apa-apa sumbangan! Begitu juga Parlimen Bandar Kuching, DUN Pending, Kota Sentosa dan Batu Lintang!. Jika BN berhasrat untuk meninggalkan kawasan Parlimen dan DUN berkenaan, DAP akan mengatakan BN tidak adil kepada masyarakat! Sejauh mana keadilan yang diberi oleh DAP kepada orang-orang yang mengundi mereka?

Tindakan Dr.Sim Kian Hui berpatutan kerana DAP harus mengotakan janji mereka seperti mana mereka mendesak BN mengotakan janji-janji pilihan raya. Tawaran Lim Guan Eng kepada Dr.Sim Kian Hui adalah satu helah agar Dr.Sim mendedahkan pelan kesihatan metropolis yang sangat diinginkan oleh DAP!

DAP tak ubah seperti tong kosong, bunyi kuat bila dipukul tetapi tiada isi yang boleh memberi faedah untuk orang ramai!

Wednesday 8 June 2011

DAP AMAL PECAH DAN PERINTAH


Hasrat DAP untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih kariah masjid dan surau lebih kepada usaha memecah belahkan Melayu dan mematahkan perpaduan orang Islam! Jika benar DAP berhasrat untuk bersikap lebih telus dan adil, DAP juga harus membuat pilihan raya untuk melantik ahli jawatankuasa Kuil, Tokong dan juga Gereja! Jangan pilih bulu biar samarata seperti yang dialing-laungkan DAP!

Untuk terus berkuasa di Pulau Pinang, DAP melaga-lagakan orang Islam supaya mereka tidak bersatu dan lebih mudah untuk DAP menguasai orang Melayu! Malah DAP peralatkan Melayu untuk hancurkan Melayu! Melayu yang bersekongkol dengan DAP sudah lupa daratan! Benar kata Tun Mahathir, Melayu Mudah Lupa!

DAP mempolitikkan segalanya! Kenapa perlu ada pilihan raya sedangkan Jabatan Agama Islam ada untuk memilih orang yang benar-benar layak memimpin kariah masjid dan surau! Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak mampu melawan pemimpin DAP kerana takut kehilangan kuasa! Orang-orang Melayu dalam PAS dan DAP sudah mabuk dengan kuasa dan kemewahan yang mereka perolehi dari DAP hingga sanggup menggadai agama mereka sendiri! Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR sudah bacul dan menjadi pengkhianat kepada agama sendiri!

Bagaimanakah Melayu PAS dan PKR untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya? Melayu akan terus terpinggir dan mengemis di bumi sendiri sekiranya Melayu masih belum sedar dan terus memilih DAP dan PKR! Lihatlah bagaimana Melayu Temasik hilang kuasa dan hingga hari ini tidak mampu bangkit! Pulau Pinang sudah mula menjurus kepada apa yang berlaku di Temasik!

Monday 6 June 2011


Tulisan oleh Mutalib M.D, http://sabahkinimirror.blogspot.com (Sabahkini.net)

Tajuk : Taib Mahmud 'Lelaki Yahudi Melanau terakhir'

MINGGU ini, saya meluangkan masa hujung minggu untuk bersembang secara santai dengan salah seorang Pakar Ekonomi Malaysia, Mr Hong (maaf kerana beliau tidak mahu nama dan wajahnya dipaparkan) di rumahnya di Kuala Lumpur.
Mr Hong hairan kenapa orang Sarawak, terutama berketurunan Foochow, yang terkenal dengan kebijaksanaan dari segi perniagaan kini bagaikan terpukau oleh aliran songsang politik Pakatan Rakyat terutama DAP, sedangkan mereka 100 kali lebih bijaksana daripada pemimpin DAP.
Kata Mr Hong, kebanyakan pegawai di Politburo China ialah orang Foochow kerana mereka bagaikan orang Yahudi yang terlalu istimewa dan bijaksana sehingga pengaruh perniagaan mereka melebar ke seluruh dunia. Di Amerika, China terkaya ialah berbangsa Foochow. Di Malaysia, Bank Pelaburan Swasta terkemuka, OSK dimiliki oleh tokoh Foochow.
Tetapi kata Mr Hong, beliau hairan kenapa Foochow di Sarawak tidak nampak dalam masa dua tahun akan datang, negeri mereka akan menjadi negeri termaju di Malaysia kerana mempunyai janakuasa elektrik hidro Bakun yang mampu mengeluarkan tenaga elektrik termurah di Asia Tenggara.
Tegas Mr Hong lagi, di Cambodia dan Singapura misalnya, kadar tariff elektrik lebih RM1 bagi satu kilowatt/jam (kw/H).
Tetapi di Sarawak, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah membeli tenaga elektrik daripada Elektrik Hidro Bakun dengan harga 6.25 sen (enam suku sen) bagi setiap kw/H.
Dalam sorotannya, Mr Hong berpendapat, Jepun, negara industri yang berasaskan automasi memerlukan tenaga elektrik yang murah terpaksa memilih Tenaga Nuklear, sekalipun diketahui berbahaya, terutama setelah kehancuran Hiroshima dan Nagasaki juga akibat bahana nuklear.
Namun Jepun hampir lumpur akibat kehilangan sumber tenaga apabila loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi mengalami kebocoran dasyhat baru-baru ini akibat gempa bumi dan tsunami; menyusuli kebocoran loji nuklear di Chernobyl di Rusia pada 1980-an.
Kini kata Mr Hong, banyak kilang di Jepun memerlukan tenaga elektrik dan di Asia hanya Sarawak sahaja mempunyai bekalan elektrik termurah di rantau ini kerana Bakun boleh menjana 20,000 megawatt sehari.
Menurut Mr Hong, beliau tidak hairan, tidak lama lagi syarikat gergasi ekonomi dunia akan melabur di Sarawak kerana tarikan sumber janakuasa termurah di dunia; yang bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan yang banyak, tetapi boleh memilih untuk bekerja di bidang apa.
Taib Mahmud, kata Mr Hong, bolehlah disifatkan sebagai ‘Lelaki Yahudi Melanau Terakhir’ kerana kehebatannya dalam bidang perniagaan; malah popular dalam urusan menghalang orang luar/Semenanjung (Malaya) daripada masuk ke Sarawak untuk menguasai ekonomi negeri tersebut.
Malah Syed Mokhtar dan Dr Mahathir sendiri, kata Mr Hong juga gagal menguasai ekonomi Sarawak. Sikap patriotik ini adalah kelebihan bagi Taib Mahmud yang tidak ada kepada pemimpin lain, kerana baginya kekayaan Sarawak khas untuk rakyat Sarawak, bukan untuk dikongsikan dengan ‘Orang Malaya’.
Jelas Mr Hong lagi, ramai orang tidak faham apa ertinya 20,000 megawatt bekalan elektrik daripada Bakun; tetapi bagi kilang mega atau gergasi seperti Toyota dan Sony, Sarawak adalah ‘Syurga Pelaburan’ kerana robot dan kilang mereka perlu sumber tenaga yang murah, berkekalan tanpa gangguan; apatah lagi kos pengeluaran paling tinggi ialah mendapat bekalan elektrik.
Masalah Taib, kata Mr Hong, sama juga seperti Tun Dr Mahathir. Rakyat Malaysia baru menyesal setelah Tun Mahathir tidak lagi memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Ketika beliau memerintah, rakyat Malaysia hanya tahu mengkritik dan mahu beliau turun daripada tampuk kuasa.
Namun Mr Hong berharap agar kejdian ini tidak berlaku di Sarawak kerana tidak lama lagi ekonomi Sarawak akan berkembang dalam keadaan Malaysia berusaha mengurangkan subsidi minyak dan gas, sehingga menyebabkan harga bahan bakar berkenaan melambung tinggi selaras dengan kenaikan harga minyak dunia.
Kini harga minyak di negara jiran Malaysia antara RM5 (Thailand dan Singapura) dan RM6 seliter bagi Filipina, sekaligus akan menaikkan tariff bekalan elektrik dan satu-satunya tempat sumber tenaga termurah ialah Sarawak.
Dalam keadaan ini, ujar Mr Hong, sudah pastinya Taib akan berjaya melakukan transformasi ekonomi daripada kebergantungan kepada sumber hutan dan kelapa sawit kepada Taman Industri Mega bertaraf dunia.
Mr Hong menjelaskan beliau agak hairan bagaimana DAP mendakwa mendapat sokongan orang Cina Foochow di Sarawak sedangkan tidak ada siapa yang tahu sama ada Foochow benar-benar sukakan DAP atau mereka bencikan Tan Sri George Chan, Presiden SUPP.
Lim Guan Eng, kata Mr Hong, tentu gembira kerana DAP telah mendapat 12 kerusi di Sarawak, tetapi mungkin beliau lupa bahawa Cina di Semenanjung tidak sama taraf dengan Cina di Sarawak.
Cina Foochow di Sarawak menguasai surat khabar Cina di Indochina dan rantau Asia; malah masyarakat Foochow Sarawak juga menguasai industri kayu balak dunia. Sebaliknya di Semenanjung, kata Mr Hong, tidak ada satupun syarikat milik orang Cina yang bertaraf dunia.
Tegas Mr Hong, bagi mereka yang kenal Taib atau pernah berurusan dengan Taib, akan memperakui bahawa Sarawak amat bertuah kerana mempunyai Taib yang terlalu cerdik, cerdas dan bijaksana.
Yang menghairankan, kata Mr Hong, kenapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat daripada Semenanjung Malaysia termasuk Najib dan Anwar Ibrahim berkampung di Sarawak pada pilihanraya umum Sarawak 16 April lalu mahu beri nasihat kepada orang Sarawak? Bukankah tindakan bodoh mereka, bagaikan mahu mengajar itik berenang?
Dengan kedudukan Bajet Sarawak RM4 bilion berbanding Bajet Pulau Pinang hanya berapa ratus juta sahaja, Mr Hong hairan bagaimana Lim Guan Eng tergamak mahu mengajar Taib Mahmud mentadbir ekonomi Sarawak, sedangkan Sarawak bukanlah negeri setaraf Pulau Pinang, sebaliknya sebuah ‘negara’ rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia?
Pemimpin dan juru kempen Pakatan Rakyat yang datang ke Sarawak, kata Mr Hong, terutama yang bertudung dan berketayap, suka memaki hamun dan menabur fitnah, sedangkan amalan tersebut bercanggah dengan budaya leluhur Sarawak yang bersopan santun dan mempunyai hati budi untuk dinilai dengan perasaan dan kasih sayang.
Bagaimana pun, kata Mr Hong, bila Bakun beroperasi pada Ogos 2011, Sarawak akan menjadi tumpuan dunia kerana tarikan tenaga hijau yang murah dan mesra alam, terutama bagi syarikat gergasi dunia.
Ketika itu, rakyat Malaysia akan lihat apa yang DAP boleh janji kepada masyarakat Cina di Sarawak sedangkan Sarawak mempunyai tenaga elektrik 20,000 megawatt yang boleh diperbaharui setiap hari. Siapakah yang akan peduli kes Teoh Beng Hock di Sarawak dan itulah kenyataan yang perlu dihadapi DAP.
Lim Guan Eng, kata Mr Hong, perlu lebih berhati-hati kerana banyak kilang gergasi di Pulau Pinang akan berpindah ke Sarawak dan lihatlah nanti apa terjadi dengan ekonomi Pulau Pinang tanpa sektor perkilangan?
Bagi penulis blog dan orang politik yang bencikan Taib, kata Mr Hong, tentu merasa tercabar dengan kebijaksanaan luar biasa yang dimiliki Taib, apatah lagi dengan kuasa 20,000 megawatt @ 20 juta kilowatt tenaga setaraf dengan tenaga yang dimiliki TNB, sedangkan Sarawak mendapat tenaga daripada sumber percuma iaitu aliran air Sungai Rejang.
Adalah menjadi satu kesilapan besar jika Pakatan Rakyat turun berkempen sambil memaki hamun di Sarawak pada pilihanraya umum ke 13 kerana rakyat Sarawak lebih bijak daripada mereka.
Kata Mr Hong, Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun iaitu sejak 26 Mac 1981 sudah berada lima langkah ke hadapan daripada Putrajaya, tetapi agak melucukan ketika Mahathir membina Putrajaya dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Lim Kit Siang bantah, kini Taib membina Bakun, anaknya, Lim Guan Eng pula yang membantah!

Pandangan The OutSider:
Cara memuji namun mengeji dengan memberi gelaran Pehin Sri Taib sebagai Yahudi. Mungkin Mr.Hong dalam tulisan Sdra.Mutalib harus belajar sejarah lagi untuk membezakan antara Melanau dengan Yahudi. Yahudi sejak dari dulu lagi memang terkenal sebagai ahli perniagaan hingga mampu menguasai ekonomi dunia. Inilah yang menyebabkan Adolf Hitler 'membunuh' mereka beramai-ramai(walaupun kajian sejarah mendapati jumlah sebenar tidak seperti yang diwar-warkan).

Yahudi juga merupakan puak pengganas yang menindas orang-orang Palestin hingga ke hari ini. Membandingkan Pehin Seri Taib sebagai Yahudi adalah keterlaluan dan tidak munasabah samasekali kerana Pehin Sri Taib tidak pernah mengangkat tangan menghapuskan kaum lain dalam usahanya mempertahankan negeri Sarawak dari pencerobohan berbagai sudut!

Seperti kata Bujang Senang melabelkan Sabahkini.net bodoh adalah benar kerana penulisan yang tidak melihat sejarah Pehin Sri Taib. Orang-orang Sarawak tahu siapa Ketua menteri mereka sepertimana orang-orang Sabah tahu siapa pemimpin mereka.

PAS TOLAK NEGARA ISLAM DAN HUDUD..SAMA MACAM DAP


Hadi Awang terpaksa menolak matlamat dan tujuan asal PAS demi menjaga kesepakatan dengan PKR! PAS tidak lagi berjuang atas landasan Islam walalupun mereka memakai kopiah putih 24 jam! Semuanya demi menyelamatkan persahabatan PAS bersama PKR dan DAP!

PAS bukan lagi leading partner dalam pakatan pembangkang sebaliknya lebih menjadi parti pak turut kepada dua lagi rakanya yang lebih popular! Dalam PR DUN Sarawak, semua enam calon PAS yang bertanding kecundang berbanding DAP dan PKR!. PAS Sarawak seperti melukut di tepi gantang dan hanya menerima arahan Wong Ho Leng, Chong Chieng Jen atau pun Baru Bian!

PAS tahu untuk tawan kaum bukan Islam mereka dengan terpaksa meminggirkan matlamat utama mereka, iaitu menjadikan Malaysia negara Islam!. Ataupun PAS sememangnya takut kepada Karpal Singh yang pernah mengeluarkan kenyataan ‘Mahu Wujudkan Negara Islam – Langkah Mayat Kami Dulu’! (Utusan Malaysia,18 Oktober 1990) .Karpal Singh juga minta PAS dan orang Islam untuk menghormati DAP berhubung pendidirian parti itu menolak konsep negara Islam. Menurut Karpal Singh DAP tidak dapat menerima konsep negara Islam dibawa oleh PAS jika berjaya memerintah kelak (Utusan Malaysia , 5 Julai 2010).

Demi menjaga hati Lim Kit Siang dan Karpal Singh, Hadi Awang dan Nik Aziz sanggup mengenepikan kepentingan ahli-ahli PAS sendiri dengan mengubah matlamat. Matlamat baru PAS ialah untuk menjadikan Malaysia negara kebajikan kerana itulah tuntutan PKR dan DAP! Sebagai pak turut, PAS ubah haluan! Apa pun PAS sememangnya tidak ada perancangan atau blue-print mengenai penubuhan negara Islam mahupun hukum hudud! Itu hanya mainan politik PAS sejak dari dulu lagi. Kalau lah benar PAS ada blue print pastinya negeri Kelantan sudah menjadi negeri contoh untuk negeri Islam serta pelaksanaan hukum hudud! Di Kelantan PAS berkuasa penuh, tanpa perlu menjadi pak turut kepada DAP atau PKR!


Dengan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, PAS pastinya akan terus menggonggong arahan PKR dan DAP sebab dari dulu lagi Mat Sabu tak lebih seorang follower, bukan seorang leader! Dulu Mat Sabu UMNO, bila tengok UMNO tak berkuasa di Kelantan, Mat Sabu lompat ke PAS! Orang PAS terima sebab Mat Sabu terkenal sebagai pemidato hebat setaraf Anwar Ibrahim, bab-bab mencarut. Nik Aziz pun dah kata, tidak salah mencarut sebab Tuhan pun mencarut! Pastinya dengan pengumuman Hadi Awang, Karpal Singh sudah tersenyum lebar sebab dia DAP sudah menang perang psikologi ke atas PAS!

Sunday 5 June 2011

SIAPA PENASIHAT BN?


Lim Kit Siang adalah Penasihat DAP manakala Karpal Singh merupakan Presiden DAP. Samalah macam Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR dan isterinya Wan Azizah menjadi Presiden PKR. Nik Aziz pula ialah Mursyidul Am PAS manakala Hadi Awang adalah Presiden PAS! Kenapa BN tiada Ketua Umum atau Penasihat?

Apa sebenarnya fungsi dan peranan seorang Ketua Umum, Penasihat atau Mursyidul Am? Apa guna ada Ketua Umum, Penasihat atau Mursyidul Am? Tidak cukup kah dengan adanya Presiden dalam sebuah parti? Pelik sungguh pembangkang! Apakah Presiden DAP, PKR dan PAS hanya berperanan sebagai pak pacak atau pak turut kepada Penasihat, Ketua Umum atau Mursyidul Am?

Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi tidak dilantik sebagai Penasihat kepada UMNO atau BN setelah mereka melepaskan jawatan Presiden parti. Apakah parti-parti pembangkang tidak percaya kepada Presiden yang mereka pilih? Itu pun kalau dipilih la… Begitu juga komponen parti BN di Sarawak seperti PBB, PRS, SPDP dan SUPP! Parti-parti ini tidak perlu melantik Penasihat atau Ketua Umum untuk memastikan pergerakan parti! Memadai ada Presiden serta Jawatankuasa Tertinggi Parti!

Ya la..jawatan Penasihat, Ketua Umum atau Mursyidul Am tak perlu ditandingi, samada orang suka atau tidak, mereka tetap memegang jawatan itu dan berhak untuk bertanding selama mana sebagai calon dalam pilihan raya! Mereka tidak perlu takut kalah atau menang dalam pilihan raya sebab pasti jawatan mereka kekal sehingga akhir hayat! Maka sebab itu tidak pernah ahli DAP dan PAS desak Penasihat atau Mursyidul Am parti berundur! Apatah lagi PKR! Jawatan Ketua Umum PKR adalah hak peribadi Anwar Ibrahim! Tidak boleh ditandingi, tidak boleh dipersoalkan dan tidak sama sekali boleh dirampas!

Saturday 4 June 2011

Kenapa BN Perlu Raih Simpati Pengundi Cina?


Pilihan raya lalu membuktikan sebahagian besar pengundi Cina sudah tidak lagi menyokong BN. Trend pengundi Cina hari ini jelas memihak pembangkang. Pengundi-pengundi Cina sudah terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang terutamanya DAP yang mengakui mereka memperjuangkan hak kaum Cina. Di kawasan bandaraya dan bandar-bandar utama negeri Sarawak DAP menang besar kerana sokongan padu pengundi kaum Cina. Mungkin ada yang mengatakan tidak semua pengundi Cina menyokong pembangkang. Benar sekali tetapi pengundi Cina yang mengundi BN terlalu sedikit! Malah di kawasan Taib Mahmud sendiri, pengundi Cina yang sedikit itu pun menolak BN!

Apa yang menyebabkan kaum Cina begitu marahkan BN? Siapa tahu kecuali kaum Cina sendiri! Banyak perkara dilakukan BN untuk kaum Cina! Beratus juta RM dihabiskan untuk menarik hati kepada kaum Cina! Pendidikan kaum Cina diberi perhatian khas oleh kerajaan tetapi semuanya tidak memadai! Apa lagi? Ekonomi negara dikuasai 85% oleh kaum Cina! Apa lagi?? Kalau BN nak tunaikan semua kehendak kaum Cina bagaimana dengan kehendak kaum bumiputera?

Kaum bumiputera di kawasan pedalaman merintih mengharungi segala kesukaran tanpa ada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan jalan raya yang berturap yang dinikmati oleh sebahagian besar kaum Cina di bandaraya dan pusat bandar utama! Kita bercakap mengenai jalur lebar, internet tetapi semua ini tidak dinikmati oleh kaum bumiputera yang tinggal di rumah panjang! Elok lah BN habiskan berbilion RM untuk penuhi semua keperluan kaum bumiputera kerana mereka akan sentiasa memberi sokongan kepada BN! Beri perhatian kepada sekolah mereka! Jangan terjadi perkara di SK Kabong dimana bangunan sekolah rendah runtuh disebabkan perhatian terlalu diberikan kepada sekolah Cina! Keperluan kaum Cina biar DAP dan PKR yang sediakan manakala keperluan bumiputera harus diberi perhatian serius, seseriusnya oleh BN!
Bukankah DAP dan PKR berjanji akan memberi bantuan kepada kaum Cina? Kalau mereka menyalak biarlah mereka menyalak kerana itu sahaja yang DAP dan PKR boleh lakukan! Mereka tidak mampu menyediakan Yayasan Pendidikan atau Biasiswa untuk kaum Cina tetapi mereka mampu menyalahkan kerajaan kerana tidak bersikap perihatin! DAP sudah memerintah hampir empat tahun di Pulau Pinang, belum ada lagi terdengar pelajar-pelajar dari negeri tersebut yang dibiayai oleh kerajaan negeri! Namun beribu pelajar-pelajar negeri Sarawak ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak! Malah Yayasan Sarawak menyediakan tempat tinggal untuk pelajar-pelajar pintar yang tidak berkemampuan!

BN tidak perlu membuang masa dan wang ringgit semata-mata nak tarik pengundi Cina sebab apapun yang dilakukan pengundi Cina tetap berkiblatkan DAP dan PKR! PRK Sibu contohnya membuktikan tiada rasa terima kasih pengundi Cina walaupun BN sediakan RM18 juta untuk pendidikan sekolah Cina! Malah RM1 juta diberi untuk Gereja Methodist Cina berbanding RM350 ribu untuk surau dan RM250 ribu untuk gereja Iban! Alangkah baik nya jutaan wang ringgit itu di peruntukkan kepada bumiputera, pastinya BN akan menang P.212 Sibu!

Satu pengajaran untuk BN supaya tidak terlalu ghairah mengejar yang berkemungkinan besar tak dapat tetapi yang dikendong terus berciciran!

Friday 3 June 2011

PAS Makin Sesat?


Semakin lama PAS bergaul dengan DAP dan PKR, semakin hilang hukum hudud dan pembentukkan negara Islam dari kamus PAS! Kegilaan kuasa pengaruh Anwar Ibrahim memberi kesan teruk kepada kepimpinanan PAS apabila PAS membenarkan orang-orang bukan Islam dalam PKR untuk tafsir ayat-ayat suci Al-Quran! Malah PAS begitu seronok dan teruja melihat puak-puak yang tak mandi hadas ini mencemari tafsiran dan maksud sebenar!

Tanda-tanda PAS semakin sesat dari hala tuju cukup jelas dengan fatwa-fatwa nyanyuk Nik Ajis dan Hadi Awang! Jika ada pemimpin kerajaan didapati berzina, PAS pukul canang seluruh negara betapa pemimpin BN tidak bermoral..tetapi bila terkena batang hidung Nik Ajis..YB-YB PAS terlibat Nik Ajis buat senyap..boleh pulak kata Tuhan sudah ampunkan dosa-dosa mereka kerana Nik Ajis dah mohon! Maksum betul Nik Ajis..boleh bercakap dengan Tuhan! Bukti jelas pun PAS kata fitnah!

Nik Ajis pernah kata sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga dan yang mengundi BN akan masuk neraka! Tuhan tidak pernah kata PAS itu Islam dan Islam itu PAS! Maka sesiapa yang mengundi PAS, tak kira bukan Islam akan masuk syurga juga ka Nik Ajis? Hmmmm...

PAS juga terikut DAP dan PKR hari ini bila anak-anak Nik Ajis dan Hadi Awang menjawat jawatan penting dalam parti! Dulu PAS, DAP dan PKR kutuk BN bagai nak rak sebab dalam BN ada anak-anak pemimpin tertinggi tapi beza dengan PAS mereka jadi YB selepas bapa mereka berundur dari parti! Contohnya Mukhriz Mahathir hanya jadi YB bila Tun Mahathir berundur dari parti, Dato Seri Najib, Hishamuddin Hussein, Nur Jazlan semuanya jadi ahli Yang Berhormat selepas bapa-bapa mereka berundur! Ini bezanya dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh..ataupun Anwar Ibrahim..dan ini juga akan berlaku dalam PAS!

Siapa mengamal nepotisme PAS? Kadang-kadang bila terlalu sangat menyelak kain orang lain, terlupa pulak kain sendiri sudah terselak melepasi paha! Kenapa hukum hudud dan negeri Islam tidak dilaksana di Kelantan?

Anwar Ibrahim Takut Dengan Bayang Sendiri


Ketakutan Anwar kepada kebenaran sudah cukup jelas. Pertama beliau tidak mahu mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan beliau tidak mensodomi Saiful..walapun pelbagai bukti dikemukakan bahawa beliau adalah pelakunya..
Kedua banyak dolak dalih Anwar untuk melengah-lengahkan perbicaraan..samada beliau mengalami sakit tulang belakang semasa hendak pergi mahkamah..walapun dalam pilihan raya sarawak lalu Anwar boleh berdiri berjam-jam memyampah ceramah..err pembohongan..tanpa ada sakiit pun! Atau Anwar akan minta hakim ditukar..sebab semua hakim yang akan membicarakan Anwar dikatakan berat sebelah..bias..kecualilah mereka ini (hakim-hakim) membuat keputusan yang memihak beliau!. Jika tidak semua hakim di Malaya adalah bias! Yang benar hanya Karpal Singh saja!
Anwar tidak pernah berhenti untuk berbohong! Pembohongan Anwar bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia malah pemimpin seluruh dunia! Jika ini trend kepimpinan yang akan dibawa pakatan pembangkang..pemimpin dunia sudah melihat kerajaan yang akan diterajui Anwar Ibrahim adalah kerajaan pembohong! Manakan tidak..Anwar Ibrahim sanggup mengatakan beliau akan mengambil alih Putrajaya pada 16 September 2008..hingga jurnalis-jurnalis dari luar berebut nak interview Anwar!..brapa kali sudah 16 September berlalu..tapi Anwar masih mampu tersenyum tanpa malu terus membohongi masyarakat Malaysia dan dunia!
Apa cara sekali pun Anwar Ibrahim tidak akan menjenguk sekali lagi ke rumah jel! Anwar akan cari berbagai-bagai helah untuk elak dipenjarakan! Anwar tahu jika beliau masuk penjara kali ini..harapannya nak jadi PM akan terus musnah berkecai! Jika pakatan pembangkang menang semasa beliau dalam penjara, pasti salah seorang dari empat jejaka hebat Malaya..Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh akan duduk di singgahsana yang amat Anwar idamkan! Andai salah seorang dari mereka ini jadi PM, tidak akan mungkin mereka menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim, walaupun beliau dibebaskan! Inilah yang amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim kerana dia sendiri tahu siapa Lim Guan Eng, Karpal Singh, Hadi Awang dan Nik Aziz! Adapun Anwar berkawan dan bersekutu dengan mereka-mereka ini hanya untuk satu matlamat! Iaitu jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia! Tidak lebih dari itu!

DAP Teo Nie Ching Bermain Api


Artikel dari Teo Nie Ching, MP Serdang Selangor

Pada hari selasa lepas, saya bersama Tony Pua Kiam Wee, Wong Wei Yik, Yeo Wei Wee
buat lawatan ke Taiwan, sasaran lawatan kali ini bukan secara rasmi dengan agensi
kerajaan Taiwan, dan bukan juga dengan parti-parti di Taiwan, tetapi dengan
alumuni pelajar-pelajar Malaysia di Taiwan.

Kami telah adakan perjumpaan seminar sebanyak 3 kali di sana, seperti di
universiti Perguruan Taiwan (Shi Da), Universiti Selatan Taiwaan (Nan Da), dan
universiti pengangkutan (Jiao Da) di Xinzhu, setiap ceramah dihadiri antara 30
hingga 60 peserta ataupun tidak menentu bilangannya.

Ada seorang mahasiswa bertanya kepada saya, pelajar Malaysia yang belajar di
Taiwan seramai 8000 orang, perjumpaan kita kali ini bilangan pelajar Malaysia
paling sedikit sekali pelajar Malaysia yang hadir; tetapi mereka ini sanggup
berjumpa dengan kita untuk mendapatkan maklumat tentang Malaysia, ini menunjukkan
mereka adalah satu kumpulan yang hangat dan amat peka dengan perkembangan politik
di Malaysia.

Tidak kira dari mana mereka berasal, sama ada dari Sabah dan Sarawak ataupun dari
Pulau Pinang, tidak kira sama ada mereka ini belajar di universiti mana di Taiwan,
saya dapat isu yang mereka ajukan itu pastinya jiwa mereka amat peka dengan
persoalan-persoalan yang mereka ajukan itu.

Yang pertama, soalan mereka sudah tentu tentang pengiktirafan kerajaan sama ada
diiktiraf ataupun tidak sijil gabungan sekolah-sekolah menengah Cina swasta itu,
dan soalan yang kedua ialah sama ada sijil di Taiwan diiktiraf ataupun tidak di
negara kita.

Pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Taiwan, walaupun bukan semuanya,
tetapi sekurang-kurangnya 90 peratus daripada mereka adalah memegang sijil
peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina untuk melayakkan mereka melanjutkan
pelajaran mereka di Taiwan. Sijil sekolah menengah Cina tidak dapat diiktiraf oleh
kerajaan, seterusnya pada masa akan datang sijil universiti Taiwan juga tidak akan
diiktiraf, di dalam jiwa mereka rasa tidak puas hati dan kurang selesa serta rasa
kurang adil terhadap isu ini, kami cuba perjelaskan rancangan dan tuju hala
Pakatan Rakyat, kami memeberitahu mereka dalam (Buku Ungu) Pakatan Rakyat telah
perjelaskan Pakatan Rakyat telah berjanji, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah
kerajaan pusat, akan serta merta mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah
menengah Cina, pelajar cemerlang tidak semestinya belajar di tanah air, kerana
taraf universiti di Malaysia mendata sahaja.

Membazir Kebolehan Pelajar Pintar

Saya nampak apa pandangan mereka itu sangat terang dan jelas terhadap masalah yang
dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswa di Negara kita, baru-baru ini kerajaan Barisan
Nasional bercadang mahu hapuskan biasiswa keluar Negara JPA, kepada pelajar
cemerlang dalam SPM hanya dibenarkan belajar di dalam negara. Saya rasa tindakan
seperti ini hanya mengundang kemunduran, mungkin akhirnya nanti berlaku dua
kategori: yang pertama pelajar cemerlang ini akan mendapat biasiswa yang
ditawarkan oleh Negara asing dan belajar di luar Negara dan mereka-mereka ini
terus tidak kembali ke tanah air, kepada pelajar-pelajar yang dipaksa belajar di
dalam negara pula, jika skema di universiti-universiti tempatan masih mendata
tidak dinaik taraf, akhirnya nanti hanya bazirkan kebolehan pelajar cemerlang ini.

Selain dari itu pelajar Malaysia di Taiwan amat peka tentang perkembangan isu
perkauman di negara kita, adakah politik ini akan menampakkan berakhirnya isu
perkauman. Saya rasa pelajar kita di Taiwan sudah dapat sesuaikan diri mereka
dengan keadaan dan suasana tempatan di Taiwan, jika berjalan di luar sana, kita
tidak dapat mengenal sama ada mereka itu orang tempatan ataupun orang asing yang
belajar di Taiwan, keadaan politik perkauman yang ada di Malaysia, mereka rasa
kurang senang dan rasa benci, kerana mereka di sana dapat menikmati apa yang
dinikmati oleh penduduk tempatan di Taiwan dan mendapat layanan dan kebajikan yang
sama di sana, siapa pula yang mahu kembali ke tanah air sendiri menjadi rakyat
second class ataupun rakyat third class?

Berkaitan keraguan mereka dan kerisauan mereka, kita tidak perlu pening kepala
untuk menterjemahkan isu kepada mereka, hasrat Pakatan Rakyat memang mahu
mengakhiri politik perkauman. Adakah mereka percaya pada Pakatan Rakyat, itu saya
tidak dapat tahu. Tetapi perjalanan kami ke Taiwan kali ini membuahkan hasil,
salah satu adalah junior saya yang akan kembali ke tanah air pada bulan Julai ini
untuk bekerja. Saya rasa junior saya yang akan kembali ke tanah air ini jiwa
mereka seperti saya juga, kami memilih kembali ke tanah air, walaupun di mulut
mereka sebut keburukan di negara sendiri, di lubuk hati mereka negara ini adalah
tempat tinggal dan rumah tempat mereka. Diharap pada masa akan datang, lebih ramai
lagi pelajar dari luar negara kembali ke tanah air.


Pandangan The OutSider:
Mungkin YB Teo Nie Ching masih tak nampak segala keistimewaan kaum Cina di Malaysia perolehi berbanding kaum Cina di negara lain. Memang betul la pelajar-pelajar Cina Malaysia tidak nampak berlainan daripada cina Cina di Taiwan sebab majoriti rakyat di taiwan ialah kaum cina, iaitu merangkumi 90 peratus! Lain la kalau di Taiwan ada Iban - 50%, Melayu- 30%!

Kalau la benar pakatan pembangkang nak hapuskan perkauman di Malaysia, pertama sekali YB teo perlu hapuskan sistem pendidikan Cina! Kenapa perlu adanya dua sistem berbeza dalam sebuah negara! Kenapa tidak semua pendidikan menggunakan kelulusan SPM sahaja dan tidak perlu ada sijil kelulusan gabungan sekolah Cina! Sebabnya kerajaan beri keistimewaan kepada kaum Cina sebagai menghormati hak-hak semua kaum yang ada di Malaysia! Keistimewaan ini tidak ada pada kaum Dayak, kaum Melanau, kaum Bidayuh, kaum Kelabit, kaum Kenyah, Kayan dan sebagainya. Semua kaum di bawah kategori bumiputera menerima sistem pendidikan nasional! Malah orang-orang bumiputera sanggup belajar di sekolah-sekolah Cina atas dasar tiada pilih kasih dan menerima sistem pendidikan Cina!Kenapa pulak kaum Cina tidak boleh terima sistem pendidikan nasional!Bukan kah matlamat DAP untuk kesamarataan?

Andai la kaum Cina di Malaysia di tarafkan sebagai warganegara kelas 3, bagaimana Lim Guan Eng boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Teo Nie Ching sendiri menjadi ahli yang berhormat? YB teo perlu sekali lagi buat kaji selidik supaya dapat mengetahui kaum mana yang paling kaya di Malaysia! YB Teo perlu baca majalah Forbes sebab majalah Forbes senaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia, 34 daripadanya adalah orang-orang Cina! Inikah yang dinamakan 3rd class citizen? YB Teo perlu jengok-jengok di Sarawak dan jalan la ke taman-taman perumahan dan lihat siapakah yang mempunyai rumah-rumah yang besar-besar? Kaum Cina ka kaum bumiputera?

YB Teo masih boleh guna bahasa Cina di Malaysia berbanding kaum Cina di Indonesia, Filipina dan Thailand! Malah tulisan Cina dibenarkan di kedai-kedai dan jalan raya di Malaysia! Tak nampak lagi ke keistimewaan yang kaum Cina perolehi di Malaysia, YB Teo?