Tuesday 21 June 2011

DAP Semakin Biadap!.


Mana perginya slogan ‘dari rakyat untuk rakyat’ DAP? DAP mengatakan mereka menghormati hak semua kaum tetapi tindakan DAP tidak ssebaliknya!. Terbaru Ketua Pembangkang Sarawak, Wong Ho Leng mengatakan semua ADUN DAP tidak akan memakai pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana ada songkok!.

DAP begitu fobia dengan songkok sebab songkok melambangkan Melayu dan Islam!. Kebencian DAP terhadap Melayu dan Islam begitu dalam hingga apa-apa pakaian rasmi yang ada menggunakan songkok akan ditolak oleh DAP!. DAP tidak menerima apa sahaja berkaitan Melayu dan Islam!.
Inilah bezanya perjuangan politik DAP dan SUPP. Walaupun kedua-dua parti didominasi kaum Cina, pemimpin SUPP masih menerima dan bertolak ansur dalam hal-hal berkaitan kaum dan agama! Pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam BN boleh menerima dan menggunakan pakaian rasmi DUN kerana ia sebahagian daripada peraturan yang sudah ditetapkan zaman berzaman, sebelum DAP jejak kaki di Sarawak!.

Jika ada parti politik yang bersifat rasis, parti tersebut ialah DAP!. Keengganan ADUN DAP menggunakan pakaian rasmi menunjukkan betapa DAP tidak menghormati langsung undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan!. DAP tunjuk biadap dengan tidak menghormati Dewan!. Beginikah perangai pemimpin yang dipilih dan diharap oleh rakyat? Jika DAP sanggup bersikap biadap dan tidak menghormati peraturan DUN, apa jaminan rakyat, DAP akan menghormati hak-hak bumiputera lain?

Mungkin slogan ‘dari rakyat untuk rakyat’ DAP hanya khusus untuk kaum Cina sahaja!.

No comments:

Post a Comment