Sunday 31 July 2011

ANWAR AKAN DISINGKIRKAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG


Tatkala ini DAP dan PAS merancang untukmenyingkirkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan bercadang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang. Tengku Razaleigh (Ku Li) dilihat lebih berpotensi sebagai Ketua Pembangkang berbanding Anwar Ibrahim yang diseliputi oleh kontroversi dan skandal!. Ku Li baru sahaja menubuhkan AMANAH..sebuah badan bukan kerajaan untuk menyaingi PERKASA dan BERSIH!.

Kepimpinan Ku Li (walau pun gagal menjadi Perdana Menteri) dilihat oleh DAP dan PAS sebagai amat berketrampilan..dan sepanjang tempoh sebagai ahli Yang Berhormat…kurang diseliputi kontoversi!. Ku Li pernah pernah tubuh Semangat 46 kerana gagal tumbangkan Tun Mahathir..dan menentang UMNO..tetapi akhirnya kembali ke pangkal jalan..menyertai UMNO dan terus kekal sebagai ahli Yang Berhormat.

DAP dan PAS juga melihat karisma Ku Li sebagai kelangsungan kuasa politik mereka terutamanya orang-orang Melayu yang dilihat mula kembali ke pangkuan BN akibat kecewa dengan janji-janji pembangkang yang tidak pernah ditunaikan!. Malah..pembangkang lebih fokus untuk mencerca menghina dan mengutuk setiap dasar kerajaan berbanding tumpuan kepada pembangunan masyarakat dan kawasan.

Ku Li juga dilihat akan terus mengekalkan PAS sebagai kerajaan di Kelantan..kerana pengaruh istana pastinya akan menjadikan PAS lebih kukuh dan sukar digugat!. Itulah hasrat sebenar kenapa PAS amat merindui kehadiran Ku Li dalam kem mereka!. Kredibiliti dan moral Anwar Ibrahim semakin dipersoalkan dan ini akan terus menjejas dan merosakkan peluang pembangkang untuk menawan Putrajaya!. Kehadiran Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengancam kedudukan DAP dan PAS sendiri..dan sudah tibanya Anwar Ibrahim disingkirkan dalam equation pembangkang!.

PPP Tunjuk Pandai Di Sarawak


Rasa pecah perut tergelak membaca komen Naib Presiden PPP, Nik Sapeia Nik Yusoff yang mendakwa hanya PPP boleh mengalahkan DAP dan PKR di Sarawak kerana mereka semua dari Semenanjung!. Inilah kenyataan lucu dan paling lawak dari Naib Presiden PPP “kami memahami PKR dan DAP sebab kami semua dari semenanjung. PPP merupakan satu-satunya parti (BN) yang mampu mengalahkan parti dari semenanjung. BN Sarawak tideak mampu melawan mereka tetapi PPP boleh”.

Nik Sapeia juga memandang rendah keupayaan BN Sarawak untuk menentang parti-parti dari semenanjung. Malah Nik Sapeia dengan begitu angkuh menyatakan BN Sarawak umpama itik yang tidak dapat menandingi kehebatan ayam-ayam dari semenanjung seperti parti-parti pembangkang dan PPP!. Nik Sapeia juga dengan bongkak dan takbur mengatakan PPP mempunyai strategi dan pengalaman menghadapi karenah pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim!.

Hebat! Hebat!. Kehebatan yang diperkatakan di Sarawak umpama seekor Ayam Nak Ajar Itik Berenang!. Nik Sapeia Nik Yusoff perlu banyak menganalisis situasi parti sendiri dahulu sebelum cuba mengajar kepimpinan BN Sarawak!. PPP sendiri kalah semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umuj lalu..tiba-tiba datang ke Sarawak seperti seekor ayam jantan.. berkokok mendabik dada…mendakwa mempunyai strategi menentang PKR dan DAP?. Kalau benar mereka ada strategi kenapa semua calon PPP kalah kepada DAP dan PKR?

Nik Sapeia..angkuh dan sombong..patutla ditendang keluar dari UMNO!. Nik Sapeia..baca dulu keputusan pilihan raya negeri..buat analisis sebelum mendakwa BN Sarawak tidak mampu menentang pembangkang seperti DAP dan PKR!. Tidak dinafikan BN Sarawak hilang 15 kawasan..kerana berbagai faktor..tetapi bukan kerana ketiadaan PPP di Sarawak!. Bersih dulu ekor sendiri sebelum cuba nak bersihkan ekor orang lain..Nik Sapeia!.

PPP nak ganti SUPP? Ciss…!! Kenapa PPP tak ganti MCA di semenanjung kalau benar PPP mampu menawan pengundi-pengundi Cina? Kenapa perlu nak pujuk pengundi-pengundi Cina Sarawak? Kenapa tidak pengundi-pengundi Cina dan India di Semenanjung? Kalau PPP berani..perbetulkan dulu kawasan-kawasan BN kalah di Semenanjung seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor!. Inilah negeri-negeri dimana BN kalah teruk..malah hilang kuasa berbanding negeri Sarawak!. Tubuhkan cawangan-cawangan PPP di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang..jika PPP amat yakin..mempunyai strategi dan pengalaman luas menentang PKR dan DAP!. Kalau benar PPP begitu hebat..bantu BN Semenanjung menang kesemua negeri yang ditakluki oleh pembangkang!

Amat jelas..kepimpinan PPP datang ke Sarawak untuk memberi tekanan kepada BN Sarawak dan menidakkan keupayaan kepimpinan BN Sarawak mengurus dan mentadbir negeri sendiri!. Nik Sapeia sepatutnya merangka strategi bagaimana nak kembalikan negeri Kelantan ke pangkuan BN..bukan nya nak tunjuk terer..dan campur tangan dalam urusan BN negeri lain.

Cermin dulu keupayaan PPP di Semenanjung..sebelum datang ke Sarawak mendabik dada..dan memberitahu orang-orang Sarawak..PPP lebih tahu daripada kami!. Pooooorrrraaaaaah!

Friday 22 July 2011

TEMBERANG MAT SABU TERBURAI!


Terbukti Mat Sabu menipu rakyat!. Kecederaanpergelangan kaki Mat Sabu bukan kerana dilanggar kereta polis..sebaliknya jelas..Mat Sabu cuba melanggar kereta polis dan terbabas!. Dahlah muka buruk..perangai lagi buruk!.

Penyayangan video semasa perhimpunan haram oleh polis membuktikan polis tidak bertindak ganas seperti yang didakwa pembangkang!. Keganasanberpunca daripada gerombolan pembangkang sendiri!. Tian Chua contohnya..tidak menghiraukan amaran polis untuk bersurai..sebaliknya berlari ke arah pihak polis yang berada 30 meter dari kumpulan Tian Chua.

Rakaman video juga menunjukkan Ambiga, Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah tidak dikasari oleh polis..sebaliknya..mereka dilayan dengan baik sekali!. Malah gerombolan pembangkang yang ditahan disediakan kerusi untuk duduk!. Itu pun pembangkang kata polis melayan mereka dengan buruk?
Kalau lah Ambiga, Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan gerombolan mereka berhadapan dengan polis Yahudi..di Israel..berkemungkinan besar Anwar dan konconya akan mengalami kecederaan yang lebih teruk lagi!.

Adakah polis Malaysia bertindak macam dalam video di bawah ini?



Semua yang dilakukan oleh BERSIH dan pembangkang hanya satu lakonan untuk menutup kesalahan mereka sendiri!.

Wednesday 20 July 2011

Francis Siah Berhasrat Gulingkan Kerajaan BN Sarawak!.


Francis Siah bercita-cita nak jadi Yang Berhormat..tetapi tiada parti politik mahu mengambil beliau sebagai calon!. Satu ketika Francis Siah berlagak seolah-olah beliau mempunyai kuasa ke atas gerombolan pembangkang!. Malah Francis Siah cuba memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli SNAP, PKR dan juga DAP!.

Layakkah Francis Siah untuk memberi kata dua kepada Ketua Menteri Sarawak? Siapa Francis Siah? Setakat menjadi Pengerusi sebuah badan NGO haram..yang hanya menyalak apabila tidak diberi habuan!. Kebebasan bersuara tidak memberi kuasa kepada Francis Siah untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan melalui demonstrasi haram!. Kalau Francis Siah betul-betul berpengaruh bertanding lah dalam pilihan raya..terutamanya di kawasan N.51 Balingian!.

Ketua Menteri dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli parti dan rakyat!. Bukan diangkat sebagai Ketua Umum..macam Anwar Ibrahim..atau Penasihat..macam Lim Kit Siang..atau Mursyidul Am..macam Nik Aziz!. Lain lah macam Francis Siah..yang mengangkat dirinya sebagai Pengerusi MoCS..sebuah pertubuhan haram!.

Francis Siah asyik sebut nak mengubah kerajaan..mengubah kepimpinan..pernah kah Francis terfikir untuk mengubah diri dulu..seperti kata Leo Tolstoy ‘semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tidak seorang pun yang berfikir untuk mengubah dirinya’. Tak perlu cari publisiti murah dengan cita-cita untuk mengadakan perarakan demokrasi..kalau kepimpinan BN tidak amalkan demokrasi..rasanya Francis Siah sudah bertapa dalam penjara!.

Tuesday 19 July 2011

PKR dan PAS Jual Agama Islam


Bukan sekali tetapi berkali-kali keputusan yang dibuat pemimpin PKR dan PAS terpaksa diubah mengikut kehendak pemimpin-pemimpin DAP!. Pemimpin utama PKR Selangor..Khalid Ibrahim terpaksa telan air liur basi..apabila keputusan larangan penjualan arak di kawasan orang-orang Islam..terpaksa ditarik balik kerana bantahan pemimpin-pemimpin DAP!. Walau pun Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar Selangor..beliau terpaksa akur arahan pemimpin-pemimpin DAP!.

Pemimpin-pemimpin PAS terpaksa ubah perjuangan utama parti..iaitu menubuhkan negara Islam..kepada menubuhkan negara kebajikan!. Sebabnya? Pemimpin-pemimpin DAP tak suka dan tidak setuju!. Karpal Singh pernah kata ‘langkah mayat saya dulu, jika PAS nak jadikan Malaysia negara Islam’!.

Terbaru..Menteri Besar Kedah..dengan muka yang tak berapa cantik..tarik balik keputusan melarang pusat-pusat hiburan dibuka semasa bulan Ramadhan..bulan mulia untuk orang-orang Islam. Tujuan larangan ialah untuk mengharamkan orang-orang Islam mengunjungi pusat-pusat hiburan di bulan orang Islam berpuasa. DAP dan beberapa kerabat Cina lain..naik angin dan ugut nak bawa PAS ke mahkamah..jika larangan tersebut tidak ditarik balik!. Begitu besarnya kuasa pemimpin-pemimpin DAP ke atas pemimpin-pemimpin PKR dan PAS!.

Demi kuasa politik..pemimpin-pemimpin Islam PKR dan PAS dengan tiada rasa malu..gadaikan agama Islam!. Beberapa kali Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nik Aziz, Ustaz dan Ulama..PKR dan PAS tersenyum bangga membiarkan orang-orang bukan Islam..menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan tafsiran hadis..dalam ceramah dan ucapan!. Mereka bersorak dan bertepuk tangan..melihat orang India dan Cina mentafsirkan maksud ayat-ayat Al-Quran!

Pemimpin-pemimpin PKR dan PAS jualkan agama Islam untuk puaskan nafsu politik mereka!. Pemimpin yang berlandaskan Islam seperti Harun Taib dan Hassan Ali yang terkenal lantang mengkritik pemimpin BN sebagai tidak memperjuangkan Islam…kini sudah menjadi bisu dan tidak berani menentang keputusan DAP yang jelas mempersendakan Islam!.

Agama Islam..bagi pemimpin PKR dan PAS hanya satu simbol untuk kepentingan politik dan bukan satu pegangan serta kepercayaan yang harus dipertahankan..!. Islam yang dilaung-laungkan oleh mereka hanya diucap di bibir sahaja!.

Thursday 14 July 2011

Anwar Ibrahim Semakin Mabuk?


Anwar Ibrahim tersengeh-sengeh di atas katil hospital..sebab berjaya sekali lagi menipu rakyat!. Kali ini Anwar Ibrahim tidak keseorangan..kerana Mat Sabu pun dah pandai berlakon..untuk menipu rakyat!.

Pembangkang menggangap perhimpunan mereka berjaya..dan Hadi Awang penuh yakin rakyat akan terus bangkit menentang kerajaan BN!. Hadi Awang mabuk dan jelas delusion sebab..tidak ramai yang datang untuk berdemonstrasi bersama mereka!. Anwar Ibrahim juga delusion sebab kaitkan peristiwa Mesir dan Tunisia!.

Segala-galanya adalah satu permainan untuk pembangkang!. Pembangkang mainkan sentimen perkauman..tetapi menuduh BN yang melakukannya!. Pembangkang cetus isu agama..dan menyalahkan kerajaan BN pula!. Pembangkang api-apikan rakyat..tapi tuduh polis yang zalim!. Tiada yang betul untuk pembangkang walaupun sebahagian besar dari pembangkang menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN!.

Pembangkang mabuk kuasa..pembangkang mabuk untuk berkuasa!. Anwar Ibrahim dan konco-konconya terlalu taksub untuk berkuasa..hingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama!. Kalau Anwar Ibrahim nak sangat berkuasa..ambil alih kepimpinan negeri Pulau Pinang sebab itu negeri dia bukan negeri Lim Guan Eng!. Kenapa Anwar tidak beri kepimpinan Pulau Pinang kepada kaum majoriti..iaitu kaum Melayu!.

Kalau di Sarawak Anwar Ibrahim hasut kaum Dayak untuk rampas kuasa atas alasan kaum Dayak majoriti..kenapa pula Anwar Ibrahim biarkan orang luar menjadi ‘raja’ di negeri sendiri tetapi di negeri orang lain..lain pula cakap Anwar Ibrahim!. Sebaiknya Anwar Ibrahim perbetul dulu negeri sendiri sebelum cuba mengajar kepimpinan BN Sarawak bagaimana nak mentadbir!. Disebabkan terlalu pandai mentadbir lah ..semasa beliau menjadi TPM..negara hampir-hampir muflis!

Wednesday 13 July 2011

MAT SABU PENDEK AKAL


Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari..perumpamaan Melayu sesuai dikaitkan dengan Mat Sabu..Timbalan Presiden PAS yang sudah mula mencebur diri dalam bidang lakonan politik!. Terbaru Mat Sabu dikatakan cedera di pergelangan kaki akibat dilanggar kereta polis semasa menyertai perhimpunan haram!. Kesian Mat Sabu..terpaksa guna kerusi roda..dan pakai kain..sebab kakinya tak boleh pakai seluar (mungkin juga tak pakai seluar dalam..he he).

Guru Mat Sabu..Anwar Ibrahim cedera di kepala..terpaksa guna oksigen!. Tiba-tiba ada pelakon tambahan pula!. Walau pun cedera..Mat Sabu masih mampu memberi kata dua kepada BN..dan dengan kembang hidungnya (yang sudah sedia besar tu) ..berjanji akan menggulingkan kerajaan BN dengan mengerah lebih banyak rakyat..untuk berdemonstrasi..jika BN tidak menunaikan tuntutan mereka!.
Itulah demokrasi menurut definisi Mat Sabu..orang pilihan PAS!. Ikut fahaman..kepala hotak Mat Sabu..kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak sah..selagi tuntutan pembangkang tidak ditunaikan!. Tak tahulah setakat mana tahap pendidikan Mat Sabu..tapi nampak sungguh tak cerdiknya Mat Sabu!!. Mungkin sebab inilah orang-orang PAS pilih Mat Sabu jadi Timbalan Presiden!.

Maka..mengikut fahaman Mat Sabu..bolehlah kita ramai-ramai gulingkan kerajaan Selangor..Pulau Pinang..Kelantan dan Kedah melalui demonstrasi..tuntut janji-janji pembangkang semasa pilihan raya..yang belum ditunaikan!

Tuesday 12 July 2011

DEMOKRASI ALA PEMBANGKANG


Demokrasi dalam pengertian pembangkang ialah kebebasan bersuara tanpa sekatan, batasan atau halangan..boleh mengutuk, memfitnah, menghina, memaki hamun dan bertindak sesuka hati!. Maka sebab itulah freedom of speech yang mereka anjurkan bersifat cacian dan cercaan terhadap pemimpin kerajaan.

Begitu juga dengan tindakan-tindakan pembangkang yang gemar mengadakan demonstrasi..terutamanya demonstrasi jalanan..konon nya untuk menyuarakan pandangan bebas mereka..dengan berteriak..meraung serta melalak kata-kata nista..
Dengan ertikata lain..tidak berlaku demokrasi jika pembangkang kalah dalam pilihan raya!. Demokrasi hanya berlaku apabila pembangkang menang dan menawan Putrajaya!!.
Demokrasi hanya berlaku di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah..kerana negeri-negeri ini di bawah pentadbiran pembangkang!.

Jika dilihat sepanjang pemerintahan mereka..sejak memerintah Februari 2008..memang mereka amalkan demokrasi tulen..iaitu merobohkan gerai-gerai orang Melayu sesuka hati..boleh ubah keputusan mesyuarat negeri sesuka hati..bebas untuk mengadakan pilihan raya untuk keagamaan..malah mereka bebas ambil alih hasil penat lelah..jerih tulang rakyat mereka!.

Atas alasan ini lah..maka pembangkang ingin mendemokrasikan Malaysia yang dianggap masih di bawah pemerintahan kuku besi..seperti Russia sebelum glasnost..atau seperti pemerintahan Idi Amin di Uganda..atau seperti Afrika Selatan sebelum Nelson Mandela!. Inilah rujukan pembangkang kepada situasi di Malaysia..yang dijaja oleh pembangkang-pembangkang yang bebas keluar masuk negara tanpa sekatan!.

Demokrasi seperti ini dididik kepada belia hingga ada yang sanggup menderhaka..dengan menghina raja dan mengancam bunuh pemimpin..seperti apa yang di tulis oleh Mohamad Farizal bin Ismail, bekas graduan Diploma Perikanan, UMT.. dalam Facebook nya..

NEGARAKU
TANAH TUMPAH AIR MANI KU,
RAKYAT HIDUP MISKIN DAN MAKAN TAIK
RAHMAT MISKIN
TUHAN, MATIKAN LAH RAJA KITA, MASUK KUBUR
RAHMAT MISKIN,
TUHAN, MASUK KAN LAH RAJA KITA KE NERAKA JAHANAM


Dan dalam komen nya pula si berok jantan dari Selangor ini pula menyeru ‘bunuh najib razak anjing!!!’.

Inilah hasil didikan fitnah dan hasutan..gerombolan pembangkang yang menanam kebencian hingga kepada raja dan negara..sampai sanggup hina lagu Negaraku dan Raja!.

Nama penuh berok ini ialah Mohamad Farizal bin Ismail (830505-10-5733) berasal dari Taman Kandis Permai, Sleangor. Tahap pendidikan berok..hanya setakat Diploma Perikanan Kelas Tiga sahaja..dari Universiti Malaysia Terengganu..tahun 2007. (Ehsan : Anti PKR-Club)

Beginilah demokrasi ala pembangkang yang tiada batasan.

Monday 11 July 2011

Anwar Berlakon Lagi


Andai kata Anwar Bin Ibrahim meninggal di tempat demonstrasi..pastinya beliau di anggap mati syahid oleh ulamak-ulamak PAS dan DAP!. Nasib baik la Anwar hanya cedera ringan sahaja!. Itu pun riuh mengatakan polis bertindak zalim kerana mencederakan Anwar bin Ibrahim!.

Namun siapa tak kenal Anwar bin Ibrahim!. Ahli politik yang paling hebat berdrama dan berlakon..untuk menyelamatkan karier politiknya!. Selagi cita-cita Anwar untuk jadi Perdana Menteri tidak tercapai..selagi itulah Anwar akan terus berlakon!!.
Jika di Amerika Syarikat atau negara Eropah lain.. pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang akan meletak jawatan..atau sekurang-kurangnya berundur dari arena politik seandainya dikenal pasti terlibat dalam skandal seks!!. Itu bezanya politik amatur Malaysia!!. Seorang banduan boleh menjadi Wakil Rakyat..malah yang dalam penjara pun boleh menang bertanding!!.

Rancangan Anwar untuk mengelirukan rakyat berjaya lagi!!. Dulu Anwar guna kerusi roda..ke hulu ke hilir nak pergi mahkamah! Tengkok berbungkus..konon kononya sakit!!. Tengok la You Tube..macamana Anwar berjalan dan menari..bila di luar pandangan masyarakat!. Pastinya kali ini tiada bezanya!!. Gambar-gambar nya terpampang..macam nak mati atas katil di hospital!!..itulah manusia anugerah tuhan!

Anwar terlalu takut untuk kembali ke penjara..sebab itu Anwar cari berbagai-bagai helah!. Taktik untuk singkirkan hakim sudah tidak berjaya..maka Anwar terpaksa mencari cara lain pula!. Inilah pemimpin keagungan PKR..pemimpin yang tidak mahu terima kebenaran..pemimpin yang tidak akan mengaku segala kesalahan..walaupun satu hari kelak..segala kesalahan nya akan menimpa anak-anak dan cucu cicitnya!.

Ambiga Dituntut Bayar Kerugian RM100 Juta!


IKHLAS (Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana) akan hantar tuntutan kerugian berjumlah RM100 juta kepada Ambiga!. Tindakan Ambiga menyebabkan peniaga-peniaga bisnes 5000 peniaga kecil terjejas!. Ambiga harus dipertanggungjawabkan di atas kerugian peniaga-peniaga!.

Menurut Presiden IKHLAS, Mohd. Ridzuan Abdullah nilai kerugian diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi setiap peniaga!. Kesian peniaga-peniaga yang terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat tindakan bodoh seorang pemimpin NGO yang haram!.
Mampu atau tidak, Ambiga dan pembangkang perlu dipersalahkan di atas kerugian peniag-peniaga!. Perjuangan BERSIH bukan sahaja merugikan peniaga-peniaga tetapi merugikan negara secara keseluruhan!. Lebih rugi lagi ialah orang-orang Melayu yang menyertai perhimpunan tersebut!.

Tak perlu tiru orang-orang Thailand!. Tengok apa jadi dengan ekonomi Thailand? Apa jadi dengan masyarakat Thailand? Nak menoreh getah pun boleh mati kena bunuh!!. Itukah yang diinginkan oleh pembangkang? Itukah yang diinginkan oleh Ambiga!. Apakah tidak terpikir di kepala hotak orang-orang bijak pandai ini tentang musibah yang bakal berlaku jika ada kematian orang ramai?
Berdasarkan tangkapan-tangkapan yang dilakukan oleh polis, jelas perhimpunan tersebut boleh menyebabkan kematian ribuan orang!!. Parang, pedang, bom dan sebagainya..yang dirampas membuktikan perhimpunan BERSIH adalah kotor dan menjijikkan!!. Kerugian wang ringgit boleh dituntut ganti rugi..tetapi jika kerugian nyawa..adakah Ambiga, Anwar, Hadi boleh beri ganti rugi juga?

Friday 8 July 2011

Anwar Kecewa Demonstrasi Jalanan Batal!


Kesalnya Anwar Ibrahim terhadap keputusan Ambiga!. Hancur harapan Anwar untuk burukkan imej kerajaan di mata dunia!. Anwar Ibrahim sudah membayangkan gelombang ratusan ribu manusia berarak sambil..berteriak..menyumpah seranah..memaki hamun pemimpin-pemimpin BN! Pastinya nun di hadapan..Anwar Ibrahim..berpegangan tangan dengan Ambiga..dengan senyuman sinisnya..megah..menunjukkan dirinya di hadapan kamera kepada dunia luar jahatnya BN!. Esoknya..seluruh dunia akan tayangkan muka pemimpin pembangkang itu ..mengepalai demonstrasi rakyat terhadap BN yang diceritakan Anwar sebagai zalim..kejam..autokratik..pemerintah kuku besi..dan sebagainya!!!. Itulah senario..harapan Anwar Ibrahim!

Zalim kah BN terhadap Anwar Ibrahim? Jika tidak kerana Tun Abdullah Badawi yang berhati lembut..memberi pengampunan terhadap Anwar..mungkin Anwar masih dalam penjara! . Namun Anwar..balas kebaikan Tun Abdullah Badawi dengan menggigit tangan orang yang memberi kebebasan kepada nya!!. Anwar Ibrahim tidak pernah menyesal..atau insaf terhadap peluang yang diberikan..malah Anwar Ibrahim terus terusan buat..apa yang diperkatakan dalam buku ‘50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’.

Anwar cincang BN lumat-lumat..Anwar menjaja pembohongan nya hingga ke luar negara..malah Anwar Ibrahim berlagak sebagai Perdana Menteri Malaysia ..sewaktu di luar negara..termasuk negara jiran!. Jahat kah BN? Pastinya tidak..kerana kerajaan tidak pernah menghalang Anwar keluar masuk negara!. Kalau zalim, jahat dan perintah kuku besi..Anwar Ibrahim mungkin menerima nasib seperti Aung San Suu Kyi..yang dilarang keluar dari rumah!.

Buat kesekian kalinya Anwar Ibrahim kecewa..kecewa sebab dulu tak dapat jadi PM walaupun dah menjadi orang No.2..tunggu masa dan ketika..tiba-tiba Anwar dipecat!!..kemudian Anwar bangkit..dengan megah dan bangga..mengumumkan kepada dunia…16 September 2008..pasti..pasti..Anwar akan menjadi Perdana Menteri!!. ..tapi kecewa juga sebab Ahli-Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan keluar BN menyertai Anwar….rupanya-rupanya..hanya satu ilusi..mimpi Anwar!!!. Kali ini Anwar sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan..lagi baik kalau beliau cedera parah..dalam perhimpunan haram..kerana pasti..Anwar amat pasti..kawan-kawan Amerika..Britain..German..akan datang membantu..mententeramkan negara..lalu mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri!!!..tetapi Ambiga berubah hati..lalu membatalkan perhimpuna haram jalanan!!. Anwar kecewa lagi..dan akan terus kecewa..hingga ke akhir hayatnya!!

Wednesday 6 July 2011

Zulhaidah Suboh Tergoda!


Akibat tergoda dan terpesona dengan Ambiga, Zulhaidah Suboh terpaksa menikmati suasana lokap polis untuk tiga hari! Mahu tidak mahu..Zulhaidah pastinya sungguh teruja untuk merasa suasana terkurung di sebalik tirai besi! Itulah pengalaman yang amat-amat dicari oleh Zulhaidah Suboh!.

Mengikut fakta polis, Zulhaidah Suboh ditahan semasa tiba di lapangan terbang Miri kerana memakai baju T Warna Kuning yang tertera perkataan BERSIH 2.0..dan selepas disiasat..Zulhaidah mempunyai dua helai lagi baju T berkenaan dalam beg pakaian!. Menurut fakta PKR pula..daripada Abun Sui Anyit..Zulhaidah pulang dari Kuching selepas menziarahi keluarganya yang sakit di Hospital Umum..dan perjalanan Zulhaidah tiada kena mengena dengan perhimpunan haram BERSIH 2.0!. Itu kata PKR..yang pastinya tidak akan mengaku kesalahan mereka..walaupun buktinya jelas di depan mata!. Perumpamaan mengatakan ‘bapak borek anak rintik’…begitu perangai Ketua Umum mereka..ahli-ahlinya pun apa kurangnya lidah berbelit!.

Bagaimana Zulhaidah Suboh boleh mempunyai baju T tersebut? Adakah ia dicetak di Kuching atau dikirim melalui mel udara kepada Zulhaidah oleh Ambiga? Jangan salahkan pihak berkuasa kerana menahan Zulhaidah sebab Zulhaidah sendiri yang mencari masalah!. Pihak polis sudah mengeluarkan amaran..kepada semua pihak..tetapi Zulhaidah buat juga!

Adakah Zulhaidah cuba untuk menentang undang-undang kerajaan Malaysia? Zulhaidah Suboh mahu cetuskan kekacauan di Sarawak? Jangan buta hati..Zulhaidah..sebab 45 tahun sudah berlalu..dan tidak pernah berlaku kekacauan..atau rusuhan yang merosakkan perpaduan masyarakat Sarawak!! Jangan bawa budaya dari Semenanjung ke Sarawak!

Jika PKR tak setuju dengan tindakan polis..maka PKR harus menghormati undang-undang sebab sudah termaktub dalam Rukun Negara ..Kedaulatan Undang-Undang yang mengajak seluruh rakyat Malaysia..menghormati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan bersama! Jika semua rakyat tidak mematuhi undang-undang, negeri Sarawak akan kucar kacir….contoh terbaiknya..jika seorang penunggang motosikal tidak mematuhi undang-udang (tidak mengguna topi keledar)..banyak kali hilang nyawa apabila kemalangan!.

Kebebasan yang ada hari ini harus dipertahankan..bukan dengan berdemonstrasi!................ Zulhaidah pasti merasakan betapa pentingnya kebebasan..setelah dikurung dalam lokap!

Tuesday 5 July 2011

S.Ambiga Tidak Iktiraf Perdana Menteri Malaysia!

Kenyataan S.Ambiga bahawa beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram jika mendapat titah Yang Di Pertuan Agong membuktikan Ambiga tidak menghormati kerajaan Malaysia dan Dato Seri Najib, Perdana Menteri.Ambiga tidak akan tunduk kepada saranan Perdana Menteri ataupun polis. Amaran Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara tidak diendahkan oleh Ambiga..hingga semakin ramai pencacai-pencacai Ambiga ditahan oleh polis.

Kenapa Ambiga tidak menghormati kerajaan? Ambiga dan pemimpin BERSIH yang lain tidak mengiktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri! Ambiga menganggap rakyat yang memilih kerajaan sebagai bodoh dan bahlol ..sebab tidak beri kemenangan kepada pembangkang..seperti mana Hadi Awang pernah menghina orang Sarawak..sebagai masih bercawat dan tidak bertamaddun kerana memilih BN!.

Maknanya hanya pilihan raya di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan sahaja pilihan raya yang dijalankan bersih, adil dan telus sebab pengundi negeri-negeri ini memilih pembangkang menjadi kerajaan!. Suruhanjaya Pilihan Raya di lima buah negeri ini dianggap tidak berat sebelah kerana memberi kemenangan kepada pembangkang! Begitu lah pandangan seorang peguam yang berpendidikan tinggi..dan di kurniakan gelaran Dato!. Rugi ibu bapa S.Ambiga membiayai pendidikan hingga Ambiga berjaya menjadi seorang peguam!. Lagi rugi kalau pendidikan S.Ambiga dibiayai oleh kerajaan..kerana hari ini S.Ambiga memusuhi kerajaan Malaysia!. Ambiga tidak iktiraf kerajaan BN yang telah memberi segala kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia..termasuk Ambiga dan keluarganya!.

Murahnya publisiti Ambiga untuk dapat perhatian hingga sanggup gadai keamanan negara!. Demi karier politiknya Ambiga bersekongkol dengan pembangkang yang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan BN..tetapi bila memerintah negeri..habuk pun tarak..contohnya Kelantan!. Perumpaan Melayu menyebut..seperti seekor ayam jantan..kokok berderai-derai..ekor dipenuhi tahi!..lebih sesuai diberi kepada pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim..yang hidupnya sentiasa diselubungi skandal!.