Saturday 18 June 2011

Kebiadapan DAP Tercalar


Campur tangan ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong akhirnya membatalkan usaha kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya masjid dan surau. Kebiadapan kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP jelas melanggar Perlembagaan kerana mengadakan pilihan raya masjid tanpa merujuk kepada DYMM SPB YDP Agong yang merupakan Ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja.

Kepimpinan DAP, PAS dan PKR di Pulau Pinang sengaja mencetuskan usul tersebut untuk mengalih pandangan rakyat terhadap krisis yang melanda Anwar Ibrahim. Kepimpinan kerajaan Pulau Pinang tahu dan arif dengan Perlembagaan negara namun tetap berkeras meneruskan rancangan tersebut. Mereka sedar rakyat Melayu akan marah dan dengan itu mereka akan menuduh UMNO rasis!.

DAP mempunyai banyak helah untuk memecahkan Melayu di Pulau Pinang kerana mereka sedar, jika Melayu terus bersatu DAP tidak akan mampu menawan kerajaan Malaysia. Maka kehadiran PAS dan PKR sebagai rakan seperjuangan amat diperlukan bagi mencapai matlamat DAP!. DAP sedar untuk menundukkan Melayu, DAP memerlukan orang Melayu. Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR akan dijadikan tunggangan hingga DAP mencapai matlamat mereka. Lihat bagaimana DAP memusnahkan gerai-gerai orang Melayu dan menutup rezeki orang Melayu di Pulau Pinang!.

Tak tahulah samada Melayu Pulau Pinang sedar atau tidak kerana jelas BN tidak akan mampu menawan Pulau Pinang jika Melayu terus berpecah belah!.

No comments:

Post a Comment