Wednesday 29 June 2011

Hasart Utama Ambiga Srevenasan : Cetuskan Huru Hara dan Malukan Kerajaan


Siapa Ambiga Srevenasan? Rakyat biasa tidak mengenali Ambiga Srevenasan kecuali konco-konconya dalam Majlis Peguam dan pemimpin-pemimpin pembangkang! Kononya Ambiga seorang pejuang wanita, lantang dan berani menyuarakan pandangan mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia! Betul ka?

Apa yang diperjuangkan oleh Ambiga Srevenasan dan apa sumbanganya terhadap pembangunan negara? Ambiga hanya berjuang mempertahankan pembangkang yang tidak pernah puashati terhadap kerajaan..kerana tidak berjaya menawan Putrajaya! Ambiga Srevenasan hanya menyumbangkan kepada huru hara dan kerosakan harta benda awam! Ambiga juga penyebab kepada beberapa penyokong BERSIH dipenjarakan! Banyak juga sumbangan Ambiga dalam menghuru harakan negara! Ambiga juga mengguriskan hati orang-orang Islam kerana mempertahankan Lina Joy murtad! Ambiga juga punca kepada demonstrasi HINDRAF! Semua nya gara-gara nak demokrasi..nak ketelusan..nak yang adil..nak yang bersih!

Abang Johari Tun Openg mengatakan tidak ada negara di dunia ini yang benar-benar bebas tanpa undang-undang dan peraturan! Disebabkan setiap negara ada undang-undang..maka orang-orang seperti Ambiga boleh jadi lawyer..err loyar..! Kalau negara tidak ada undang-undang maka kehidupan masyarakat tidak akan tenteram! Ambiga tahu semua itu tetapi Ambiga..walaupun pengamal undang-undang..lebih suka lawan undang-undang dan porak perandakan negara!

Kalau Ambiga nak kebebasan..Ambiga boleh cari mana-mana negara didunia ini untuk dapatkan kebebasan! Jangan rosakkan perpaduan yang dibina sejak tahun 1957! Ambiga boleh amalkan undang-undang di Britain, Amerika Syarikat, Israel atau German! Di negara-negara ini ada kebebasan yang dicari-cari oleh Ambiga! Jangan jadi alat pembangkang..untuk timbulkan kekacauan! PM kata..kalau Ambiga Srevenasan betul-betul pejuang..bertanding lah dalam pilihan raya umum akan datang!

No comments:

Post a Comment