Saturday 25 June 2011

Anwar Ibrahim : Pemimpin Yang Tidak Patut Di Teladani!


‘From Cleopatra To Clinton, Lust Has Moved Leaders And Brought Down Government’ kata Norman West dari Canwest News Service dalam tulisannya Top 10 Sex Scandals Throughout History. Namun kata-kata Mark Twain “Of the delights of this world, man cares most for sexual intercourse.He will go to any length for it---risk fortune,character, reputation, life itself” lebih mendeskripsikan perangai manusia anugerah tuhan yang bernama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim tidak boleh disamakan dengan Eliot Spizer, Gabenor New York yang terpaksa meletak jawatan beliau selepas didapati membelanjakan puluhan ribu dollar untuk memuaskan nafsu seks dengan pelacur!. Spizer berani mengaku dan bertanggungjawab di atas perlakuan beliau dan meletak jawatan, sesuatu yang jauh berbeza dengan Anwar Ibrahim! Anwar Ibrahim boleh disamakan dengan pemimpin Itali, Silvio Berlusconi yang tidak habis-habis dipalit dengan skandal seks!.

Keengganan Anwar Ibrahim untuk bertanggungjawab di atas segala perlakuan jahatnya membezakan beliau dengan pemimpin-pemimpin dunia lain yang terlibat dalam skandal seks!.Inilah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi seorang pemimpin bertaraf dunia!. Jin Renqing, Menteri Kewangan negara China meletak jawatan selepas dikhabarkan mempunyai perempuan simpanan. Victor Emmanuel, anak kepada Raja terakhir Itali, dilucut gelaran selepas ditangkap terlibat dengan pelacur! Peimpin-pemimpin dunia lain meletak jawatan apabila didapati terlibat dalam skandal seks! Tidak sama dengan Anwar Ibrahim!

Kes-kes seks Anwar Ibrahim melibatkan pelakuan luar tabii,iaitu meliwat sepertimana pertuduhan oleh Azizan, bekas pemandunya dan juga bekas coffee boy Anwar..Saiful Bukhari! Semuanya dinafikan oleh Anwar Ibrahim..tetapi peliknya Anwar Ibrahim tidak sanggup mengangkat sumpah laknat..untuk membuktikan tuduhan tersebut sebagai fitnah semata-mata!. Dalam satu temubual, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan hanya orang yang tidak bersalah boleh melakukan sumpah laknat..tetapi kenapa beliau tidak melakukanya!

Anwar Ibrahim penuh tipu muslihat supaya beliau tidak menghadiri prosiding mahkamah! Beliau akan sakit tiba-tiba atau menyuruh kerajaan menukar hakim atau peguam dengan alasan hakim berat sebelah atau peguam tidak layak! Kalau sesiapa pernah baca buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri..mungkin ada yang teringat satu kenyataan yang menyebut..Anwar Ibrahim mempunyai selera seks yang amat berlainan..!

Cabaran Ke-Empat Wawasan 2020 , Tun Mahathir menggariskan untuk mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral ..iaitu menjadi rakyat Malaysia membangun dan maju tetapi tetap memelihara nilai-nilai murni yang tinggi! Sama juga dengan dasar kepimpinan melalui teladan, dimana seorang emimpin harus memberi contoh yang baik samada dari segi sikap, perangai dan juga tingkahlaku!.
Jika begitu lah perangai Ketua Pembangkang..tidak mustahil jika beliau menjadi Perdana Menteri banyak anak-anak muda yang comel..serta wanita-wanita cantik menjadi mangsa nafsu serakah pemimpin negara! Ingat cerita Nadia Comaneci, ratu gimnas dunia yang terpaksa mengharungi kehidupan ngeri di bawah kepimpinan Romania dulu?

Cukuplah negara kita dipenuhi dengan kes-kes ayah, datuk, abang yang merogol darah daging sendiri..jangan pula nanti kita dipenuhi kes-kes penderaan seksual yang meningkat disebabkan nafsu serakah kepimpinan negara!.

Dimana letaknya maruah negara jika pemimpin tidak bermoral dan beretika memimpin negara?

No comments:

Post a Comment