Thursday 9 June 2011

DAP HANYA TONG KOSONG


DAP sebenarnya tidak mempunyai idea atau cadangan yang berfaedah untuk kaum Cina walau pun semasa kempen, DAP mendabik dada mereka adalah pejuang hak kaum Cina! Pengundi-pengundi Cina yang mengundi DAP ternyata sudah terpedaya dengan janji-janji manis DAP semasa kempen pilihan raya.

MP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dari DAP baru-baru ini memohon Dr.Sim Kian Hui, calon BN yang kalah di Pending untuk berkongsi cadangan pembinaan pusat kesihatan metropolis demi kebaikan bersama. ADUN Pending Violet Yong (DAP) juga menyatakan hasrat sama kepada Dr.Sim Kian Hui, supaya cadangan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen kelak!
Andai kata Dr.Sim Kian Hui bersetuju, pastinya DAP akan sekali lagi melaungkan betapa mereka berjaya mengemukakan cadangan yang lebih baik dari BN dalam memperjuangkan kesihatan rakyat disamping mampu membuka ruang pekerjaan kepada rakyat! Begitulah taktik DAP untuk mengaburi mata masyarakat!. DAP hanya mampu mengkritik, menghentam dan memburukkan cadangan-cadangan BN tetapi tidak mampu untuk menyediakan cadangan lebih baik!. Apakah sumbangan DAP kepada pengundi? Wakil-wakil DAP di Sarawak hanya bercakap kosong!


Kidurong contohnya, tidak akan maju jika BN tidak membangunkannya dan DAP hanya menjadi watchdog sejak menjadi wakil rakyat tanpa memberi apa-apa sumbangan! Begitu juga Parlimen Bandar Kuching, DUN Pending, Kota Sentosa dan Batu Lintang!. Jika BN berhasrat untuk meninggalkan kawasan Parlimen dan DUN berkenaan, DAP akan mengatakan BN tidak adil kepada masyarakat! Sejauh mana keadilan yang diberi oleh DAP kepada orang-orang yang mengundi mereka?

Tindakan Dr.Sim Kian Hui berpatutan kerana DAP harus mengotakan janji mereka seperti mana mereka mendesak BN mengotakan janji-janji pilihan raya. Tawaran Lim Guan Eng kepada Dr.Sim Kian Hui adalah satu helah agar Dr.Sim mendedahkan pelan kesihatan metropolis yang sangat diinginkan oleh DAP!

DAP tak ubah seperti tong kosong, bunyi kuat bila dipukul tetapi tiada isi yang boleh memberi faedah untuk orang ramai!

No comments:

Post a Comment