Wednesday 22 June 2011

PAS Semakin Nak Jadi Haram


Laungan ‘ISLE’ PAS semakin sayup berbanding sokongan menghalalkan sodomi, zina dan khalwat!. Bermula dengan pelukan Nik Aziz dengan Lim Kit Siang, perjuangan menegakkan ‘isle’ semakin terhakis!.

Sumpah seranah PAS terhadap orang-orang BN kini makan diri sendiri!. Antara perkara yang dikembalikan Tuhan kepada mereka ialah PAS kini berpimpin tangan dan seiring dengan DAP!. Dulu PAS kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA!. Adakah sekarang ini PAS juga kafir?
Kedua, PAS kutuk dan cerca orang-orang BN yang terlibat dengan khalwat dan zina!. Dek terlalu jaga kain buruk orang Nik Aziz tak sedar yang ada di sekelilingnya juga lebih hebat dari orang BN dalam bab-bab khalwat dan zina sampai boleh buat dalam kereta api!. Tapi sebagai orang yang maksum doanya, Nik Aziz sampaikan wahyu Tuhan bahawa orang-orang PAS yang berzina dan berkhalwat sudah diampunkan Tuhan!. Begitulah hebatnya doa dan sembahyang Nik Aziz!.

Ketiga, PAS kata Malaysia bukan negara Islam kerana kerajaan BN tidak laksanakan undang-undang Islam!. Tuhan kembalikan tuduhan tersebut kepada PAS dan hari ini PAS tukar halatuju, buangkan perjuangan menegak negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud sebab dalam Al-Quran tak sebut negara Islam sebaliknya negara kebajikan!. Itu Haji Hadi Awang yang kata!. Hukum hudud pun tak pernah dilaksana di Kelantan walaupun PAS yang jadi kerajaan!!.

Keempat, Nik Aziz kata orang-orang yang memfitnah Anwar Ibrahim harus bertaubat dan memohon maaf dan perlu mencium kaki Anwar Ibrahim untuk melangsaikan dosa-dosa mereka memfitnah!. Nik Aziz dan orang-orang PAS tak pernah pun cium kaki Tun Mahathir, Abdullah Badawi dan banyak lagi pemimpin BN yang mereka fitnah selama ini?. Begitulah taksubnya Nik Aziz dan PAS terhadap Anwar Ibrahim!. Err…Mat Sabu dah cium kaki Anwar Ibrahim ke sebab antara orang yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ialah Mat Sabu!.

Kelima, Nik Aziz kata sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga sedangkan syurga dan neraka ditentukan oleh Tuhan. Siapa masuk neraka sebab perangai mereka memang jahat termasuk la orang-orang PAS yang tak tinggal sembahyang tetapi mencaci, menghina, mencerca dan memfitnah orang lain!. Orang-orang yang masuk syurga bukan kerana mereka mengundi PAS sebab dalam Al-Quran pun tak pernah sebut PAS!.

Keenam PAS kutuk kerajaan BN kerana benarkan penjualan arak dan perjuadian tetapi PAS tak halang pemimpin DAP di Selangor yang dengan jelas memberi kebenaran penjualan arak di kawasan majoriti Melayu!. PAS tak berani bersuara sebab PAS memang takut dengan DAP!.

No comments:

Post a Comment