Sunday 31 July 2011

PPP Tunjuk Pandai Di Sarawak


Rasa pecah perut tergelak membaca komen Naib Presiden PPP, Nik Sapeia Nik Yusoff yang mendakwa hanya PPP boleh mengalahkan DAP dan PKR di Sarawak kerana mereka semua dari Semenanjung!. Inilah kenyataan lucu dan paling lawak dari Naib Presiden PPP “kami memahami PKR dan DAP sebab kami semua dari semenanjung. PPP merupakan satu-satunya parti (BN) yang mampu mengalahkan parti dari semenanjung. BN Sarawak tideak mampu melawan mereka tetapi PPP boleh”.

Nik Sapeia juga memandang rendah keupayaan BN Sarawak untuk menentang parti-parti dari semenanjung. Malah Nik Sapeia dengan begitu angkuh menyatakan BN Sarawak umpama itik yang tidak dapat menandingi kehebatan ayam-ayam dari semenanjung seperti parti-parti pembangkang dan PPP!. Nik Sapeia juga dengan bongkak dan takbur mengatakan PPP mempunyai strategi dan pengalaman menghadapi karenah pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim!.

Hebat! Hebat!. Kehebatan yang diperkatakan di Sarawak umpama seekor Ayam Nak Ajar Itik Berenang!. Nik Sapeia Nik Yusoff perlu banyak menganalisis situasi parti sendiri dahulu sebelum cuba mengajar kepimpinan BN Sarawak!. PPP sendiri kalah semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umuj lalu..tiba-tiba datang ke Sarawak seperti seekor ayam jantan.. berkokok mendabik dada…mendakwa mempunyai strategi menentang PKR dan DAP?. Kalau benar mereka ada strategi kenapa semua calon PPP kalah kepada DAP dan PKR?

Nik Sapeia..angkuh dan sombong..patutla ditendang keluar dari UMNO!. Nik Sapeia..baca dulu keputusan pilihan raya negeri..buat analisis sebelum mendakwa BN Sarawak tidak mampu menentang pembangkang seperti DAP dan PKR!. Tidak dinafikan BN Sarawak hilang 15 kawasan..kerana berbagai faktor..tetapi bukan kerana ketiadaan PPP di Sarawak!. Bersih dulu ekor sendiri sebelum cuba nak bersihkan ekor orang lain..Nik Sapeia!.

PPP nak ganti SUPP? Ciss…!! Kenapa PPP tak ganti MCA di semenanjung kalau benar PPP mampu menawan pengundi-pengundi Cina? Kenapa perlu nak pujuk pengundi-pengundi Cina Sarawak? Kenapa tidak pengundi-pengundi Cina dan India di Semenanjung? Kalau PPP berani..perbetulkan dulu kawasan-kawasan BN kalah di Semenanjung seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor!. Inilah negeri-negeri dimana BN kalah teruk..malah hilang kuasa berbanding negeri Sarawak!. Tubuhkan cawangan-cawangan PPP di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang..jika PPP amat yakin..mempunyai strategi dan pengalaman luas menentang PKR dan DAP!. Kalau benar PPP begitu hebat..bantu BN Semenanjung menang kesemua negeri yang ditakluki oleh pembangkang!

Amat jelas..kepimpinan PPP datang ke Sarawak untuk memberi tekanan kepada BN Sarawak dan menidakkan keupayaan kepimpinan BN Sarawak mengurus dan mentadbir negeri sendiri!. Nik Sapeia sepatutnya merangka strategi bagaimana nak kembalikan negeri Kelantan ke pangkuan BN..bukan nya nak tunjuk terer..dan campur tangan dalam urusan BN negeri lain.

Cermin dulu keupayaan PPP di Semenanjung..sebelum datang ke Sarawak mendabik dada..dan memberitahu orang-orang Sarawak..PPP lebih tahu daripada kami!. Pooooorrrraaaaaah!

No comments:

Post a Comment