Tuesday 19 July 2011

PKR dan PAS Jual Agama Islam


Bukan sekali tetapi berkali-kali keputusan yang dibuat pemimpin PKR dan PAS terpaksa diubah mengikut kehendak pemimpin-pemimpin DAP!. Pemimpin utama PKR Selangor..Khalid Ibrahim terpaksa telan air liur basi..apabila keputusan larangan penjualan arak di kawasan orang-orang Islam..terpaksa ditarik balik kerana bantahan pemimpin-pemimpin DAP!. Walau pun Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar Selangor..beliau terpaksa akur arahan pemimpin-pemimpin DAP!.

Pemimpin-pemimpin PAS terpaksa ubah perjuangan utama parti..iaitu menubuhkan negara Islam..kepada menubuhkan negara kebajikan!. Sebabnya? Pemimpin-pemimpin DAP tak suka dan tidak setuju!. Karpal Singh pernah kata ‘langkah mayat saya dulu, jika PAS nak jadikan Malaysia negara Islam’!.

Terbaru..Menteri Besar Kedah..dengan muka yang tak berapa cantik..tarik balik keputusan melarang pusat-pusat hiburan dibuka semasa bulan Ramadhan..bulan mulia untuk orang-orang Islam. Tujuan larangan ialah untuk mengharamkan orang-orang Islam mengunjungi pusat-pusat hiburan di bulan orang Islam berpuasa. DAP dan beberapa kerabat Cina lain..naik angin dan ugut nak bawa PAS ke mahkamah..jika larangan tersebut tidak ditarik balik!. Begitu besarnya kuasa pemimpin-pemimpin DAP ke atas pemimpin-pemimpin PKR dan PAS!.

Demi kuasa politik..pemimpin-pemimpin Islam PKR dan PAS dengan tiada rasa malu..gadaikan agama Islam!. Beberapa kali Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nik Aziz, Ustaz dan Ulama..PKR dan PAS tersenyum bangga membiarkan orang-orang bukan Islam..menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan tafsiran hadis..dalam ceramah dan ucapan!. Mereka bersorak dan bertepuk tangan..melihat orang India dan Cina mentafsirkan maksud ayat-ayat Al-Quran!

Pemimpin-pemimpin PKR dan PAS jualkan agama Islam untuk puaskan nafsu politik mereka!. Pemimpin yang berlandaskan Islam seperti Harun Taib dan Hassan Ali yang terkenal lantang mengkritik pemimpin BN sebagai tidak memperjuangkan Islam…kini sudah menjadi bisu dan tidak berani menentang keputusan DAP yang jelas mempersendakan Islam!.

Agama Islam..bagi pemimpin PKR dan PAS hanya satu simbol untuk kepentingan politik dan bukan satu pegangan serta kepercayaan yang harus dipertahankan..!. Islam yang dilaung-laungkan oleh mereka hanya diucap di bibir sahaja!.

No comments:

Post a Comment