Wednesday 13 July 2011

MAT SABU PENDEK AKAL


Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari..perumpamaan Melayu sesuai dikaitkan dengan Mat Sabu..Timbalan Presiden PAS yang sudah mula mencebur diri dalam bidang lakonan politik!. Terbaru Mat Sabu dikatakan cedera di pergelangan kaki akibat dilanggar kereta polis semasa menyertai perhimpunan haram!. Kesian Mat Sabu..terpaksa guna kerusi roda..dan pakai kain..sebab kakinya tak boleh pakai seluar (mungkin juga tak pakai seluar dalam..he he).

Guru Mat Sabu..Anwar Ibrahim cedera di kepala..terpaksa guna oksigen!. Tiba-tiba ada pelakon tambahan pula!. Walau pun cedera..Mat Sabu masih mampu memberi kata dua kepada BN..dan dengan kembang hidungnya (yang sudah sedia besar tu) ..berjanji akan menggulingkan kerajaan BN dengan mengerah lebih banyak rakyat..untuk berdemonstrasi..jika BN tidak menunaikan tuntutan mereka!.
Itulah demokrasi menurut definisi Mat Sabu..orang pilihan PAS!. Ikut fahaman..kepala hotak Mat Sabu..kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak sah..selagi tuntutan pembangkang tidak ditunaikan!. Tak tahulah setakat mana tahap pendidikan Mat Sabu..tapi nampak sungguh tak cerdiknya Mat Sabu!!. Mungkin sebab inilah orang-orang PAS pilih Mat Sabu jadi Timbalan Presiden!.

Maka..mengikut fahaman Mat Sabu..bolehlah kita ramai-ramai gulingkan kerajaan Selangor..Pulau Pinang..Kelantan dan Kedah melalui demonstrasi..tuntut janji-janji pembangkang semasa pilihan raya..yang belum ditunaikan!

No comments:

Post a Comment