Sunday, 31 July 2011
ANWAR AKAN DISINGKIRKAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG
Tatkala ini DAP dan PAS merancang untukmenyingkirkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan bercadang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang. Tengku Razaleigh (Ku Li) dilihat lebih berpotensi sebagai Ketua Pembangkang berbanding Anwar Ibrahim yang diseliputi oleh kontroversi dan skandal!. Ku Li baru sahaja menubuhkan AMANAH..sebuah badan bukan kerajaan untuk menyaingi PERKASA dan BERSIH!.
Kepimpinan Ku Li (walau pun gagal menjadi Perdana Menteri) dilihat oleh DAP dan PAS sebagai amat berketrampilan..dan sepanjang tempoh sebagai ahli Yang Berhormat…kurang diseliputi kontoversi!. Ku Li pernah pernah tubuh Semangat 46 kerana gagal tumbangkan Tun Mahathir..dan menentang UMNO..tetapi akhirnya kembali ke pangkal jalan..menyertai UMNO dan terus kekal sebagai ahli Yang Berhormat.
DAP dan PAS juga melihat karisma Ku Li sebagai kelangsungan kuasa politik mereka terutamanya orang-orang Melayu yang dilihat mula kembali ke pangkuan BN akibat kecewa dengan janji-janji pembangkang yang tidak pernah ditunaikan!. Malah..pembangkang lebih fokus untuk mencerca menghina dan mengutuk setiap dasar kerajaan berbanding tumpuan kepada pembangunan masyarakat dan kawasan.
Ku Li juga dilihat akan terus mengekalkan PAS sebagai kerajaan di Kelantan..kerana pengaruh istana pastinya akan menjadikan PAS lebih kukuh dan sukar digugat!. Itulah hasrat sebenar kenapa PAS amat merindui kehadiran Ku Li dalam kem mereka!. Kredibiliti dan moral Anwar Ibrahim semakin dipersoalkan dan ini akan terus menjejas dan merosakkan peluang pembangkang untuk menawan Putrajaya!. Kehadiran Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengancam kedudukan DAP dan PAS sendiri..dan sudah tibanya Anwar Ibrahim disingkirkan dalam equation pembangkang!.
PPP Tunjuk Pandai Di Sarawak
Rasa pecah perut tergelak membaca komen Naib Presiden PPP, Nik Sapeia Nik Yusoff yang mendakwa hanya PPP boleh mengalahkan DAP dan PKR di Sarawak kerana mereka semua dari Semenanjung!. Inilah kenyataan lucu dan paling lawak dari Naib Presiden PPP “kami memahami PKR dan DAP sebab kami semua dari semenanjung. PPP merupakan satu-satunya parti (BN) yang mampu mengalahkan parti dari semenanjung. BN Sarawak tideak mampu melawan mereka tetapi PPP boleh”.
Nik Sapeia juga memandang rendah keupayaan BN Sarawak untuk menentang parti-parti dari semenanjung. Malah Nik Sapeia dengan begitu angkuh menyatakan BN Sarawak umpama itik yang tidak dapat menandingi kehebatan ayam-ayam dari semenanjung seperti parti-parti pembangkang dan PPP!. Nik Sapeia juga dengan bongkak dan takbur mengatakan PPP mempunyai strategi dan pengalaman menghadapi karenah pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim!.
Hebat! Hebat!. Kehebatan yang diperkatakan di Sarawak umpama seekor Ayam Nak Ajar Itik Berenang!. Nik Sapeia Nik Yusoff perlu banyak menganalisis situasi parti sendiri dahulu sebelum cuba mengajar kepimpinan BN Sarawak!. PPP sendiri kalah semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umuj lalu..tiba-tiba datang ke Sarawak seperti seekor ayam jantan.. berkokok mendabik dada…mendakwa mempunyai strategi menentang PKR dan DAP?. Kalau benar mereka ada strategi kenapa semua calon PPP kalah kepada DAP dan PKR?
Nik Sapeia..angkuh dan sombong..patutla ditendang keluar dari UMNO!. Nik Sapeia..baca dulu keputusan pilihan raya negeri..buat analisis sebelum mendakwa BN Sarawak tidak mampu menentang pembangkang seperti DAP dan PKR!. Tidak dinafikan BN Sarawak hilang 15 kawasan..kerana berbagai faktor..tetapi bukan kerana ketiadaan PPP di Sarawak!. Bersih dulu ekor sendiri sebelum cuba nak bersihkan ekor orang lain..Nik Sapeia!.
PPP nak ganti SUPP? Ciss…!! Kenapa PPP tak ganti MCA di semenanjung kalau benar PPP mampu menawan pengundi-pengundi Cina? Kenapa perlu nak pujuk pengundi-pengundi Cina Sarawak? Kenapa tidak pengundi-pengundi Cina dan India di Semenanjung? Kalau PPP berani..perbetulkan dulu kawasan-kawasan BN kalah di Semenanjung seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor!. Inilah negeri-negeri dimana BN kalah teruk..malah hilang kuasa berbanding negeri Sarawak!. Tubuhkan cawangan-cawangan PPP di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang..jika PPP amat yakin..mempunyai strategi dan pengalaman luas menentang PKR dan DAP!. Kalau benar PPP begitu hebat..bantu BN Semenanjung menang kesemua negeri yang ditakluki oleh pembangkang!
Amat jelas..kepimpinan PPP datang ke Sarawak untuk memberi tekanan kepada BN Sarawak dan menidakkan keupayaan kepimpinan BN Sarawak mengurus dan mentadbir negeri sendiri!. Nik Sapeia sepatutnya merangka strategi bagaimana nak kembalikan negeri Kelantan ke pangkuan BN..bukan nya nak tunjuk terer..dan campur tangan dalam urusan BN negeri lain.
Cermin dulu keupayaan PPP di Semenanjung..sebelum datang ke Sarawak mendabik dada..dan memberitahu orang-orang Sarawak..PPP lebih tahu daripada kami!. Pooooorrrraaaaaah!
Friday, 22 July 2011
TEMBERANG MAT SABU TERBURAI!
Terbukti Mat Sabu menipu rakyat!. Kecederaanpergelangan kaki Mat Sabu bukan kerana dilanggar kereta polis..sebaliknya jelas..Mat Sabu cuba melanggar kereta polis dan terbabas!. Dahlah muka buruk..perangai lagi buruk!.
Penyayangan video semasa perhimpunan haram oleh polis membuktikan polis tidak bertindak ganas seperti yang didakwa pembangkang!. Keganasanberpunca daripada gerombolan pembangkang sendiri!. Tian Chua contohnya..tidak menghiraukan amaran polis untuk bersurai..sebaliknya berlari ke arah pihak polis yang berada 30 meter dari kumpulan Tian Chua.
Rakaman video juga menunjukkan Ambiga, Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah tidak dikasari oleh polis..sebaliknya..mereka dilayan dengan baik sekali!. Malah gerombolan pembangkang yang ditahan disediakan kerusi untuk duduk!. Itu pun pembangkang kata polis melayan mereka dengan buruk?
Kalau lah Ambiga, Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan gerombolan mereka berhadapan dengan polis Yahudi..di Israel..berkemungkinan besar Anwar dan konconya akan mengalami kecederaan yang lebih teruk lagi!.
Adakah polis Malaysia bertindak macam dalam video di bawah ini?
Semua yang dilakukan oleh BERSIH dan pembangkang hanya satu lakonan untuk menutup kesalahan mereka sendiri!.
Wednesday, 20 July 2011
Francis Siah Berhasrat Gulingkan Kerajaan BN Sarawak!.
Francis Siah bercita-cita nak jadi Yang Berhormat..tetapi tiada parti politik mahu mengambil beliau sebagai calon!. Satu ketika Francis Siah berlagak seolah-olah beliau mempunyai kuasa ke atas gerombolan pembangkang!. Malah Francis Siah cuba memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli SNAP, PKR dan juga DAP!.
Layakkah Francis Siah untuk memberi kata dua kepada Ketua Menteri Sarawak? Siapa Francis Siah? Setakat menjadi Pengerusi sebuah badan NGO haram..yang hanya menyalak apabila tidak diberi habuan!. Kebebasan bersuara tidak memberi kuasa kepada Francis Siah untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan melalui demonstrasi haram!. Kalau Francis Siah betul-betul berpengaruh bertanding lah dalam pilihan raya..terutamanya di kawasan N.51 Balingian!.
Ketua Menteri dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli parti dan rakyat!. Bukan diangkat sebagai Ketua Umum..macam Anwar Ibrahim..atau Penasihat..macam Lim Kit Siang..atau Mursyidul Am..macam Nik Aziz!. Lain lah macam Francis Siah..yang mengangkat dirinya sebagai Pengerusi MoCS..sebuah pertubuhan haram!.
Francis Siah asyik sebut nak mengubah kerajaan..mengubah kepimpinan..pernah kah Francis terfikir untuk mengubah diri dulu..seperti kata Leo Tolstoy ‘semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tidak seorang pun yang berfikir untuk mengubah dirinya’. Tak perlu cari publisiti murah dengan cita-cita untuk mengadakan perarakan demokrasi..kalau kepimpinan BN tidak amalkan demokrasi..rasanya Francis Siah sudah bertapa dalam penjara!.
Tuesday, 19 July 2011
PKR dan PAS Jual Agama Islam
Bukan sekali tetapi berkali-kali keputusan yang dibuat pemimpin PKR dan PAS terpaksa diubah mengikut kehendak pemimpin-pemimpin DAP!. Pemimpin utama PKR Selangor..Khalid Ibrahim terpaksa telan air liur basi..apabila keputusan larangan penjualan arak di kawasan orang-orang Islam..terpaksa ditarik balik kerana bantahan pemimpin-pemimpin DAP!. Walau pun Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar Selangor..beliau terpaksa akur arahan pemimpin-pemimpin DAP!.
Pemimpin-pemimpin PAS terpaksa ubah perjuangan utama parti..iaitu menubuhkan negara Islam..kepada menubuhkan negara kebajikan!. Sebabnya? Pemimpin-pemimpin DAP tak suka dan tidak setuju!. Karpal Singh pernah kata ‘langkah mayat saya dulu, jika PAS nak jadikan Malaysia negara Islam’!.
Terbaru..Menteri Besar Kedah..dengan muka yang tak berapa cantik..tarik balik keputusan melarang pusat-pusat hiburan dibuka semasa bulan Ramadhan..bulan mulia untuk orang-orang Islam. Tujuan larangan ialah untuk mengharamkan orang-orang Islam mengunjungi pusat-pusat hiburan di bulan orang Islam berpuasa. DAP dan beberapa kerabat Cina lain..naik angin dan ugut nak bawa PAS ke mahkamah..jika larangan tersebut tidak ditarik balik!. Begitu besarnya kuasa pemimpin-pemimpin DAP ke atas pemimpin-pemimpin PKR dan PAS!.
Demi kuasa politik..pemimpin-pemimpin Islam PKR dan PAS dengan tiada rasa malu..gadaikan agama Islam!. Beberapa kali Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nik Aziz, Ustaz dan Ulama..PKR dan PAS tersenyum bangga membiarkan orang-orang bukan Islam..menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan tafsiran hadis..dalam ceramah dan ucapan!. Mereka bersorak dan bertepuk tangan..melihat orang India dan Cina mentafsirkan maksud ayat-ayat Al-Quran!
Pemimpin-pemimpin PKR dan PAS jualkan agama Islam untuk puaskan nafsu politik mereka!. Pemimpin yang berlandaskan Islam seperti Harun Taib dan Hassan Ali yang terkenal lantang mengkritik pemimpin BN sebagai tidak memperjuangkan Islam…kini sudah menjadi bisu dan tidak berani menentang keputusan DAP yang jelas mempersendakan Islam!.
Agama Islam..bagi pemimpin PKR dan PAS hanya satu simbol untuk kepentingan politik dan bukan satu pegangan serta kepercayaan yang harus dipertahankan..!. Islam yang dilaung-laungkan oleh mereka hanya diucap di bibir sahaja!.
Thursday, 14 July 2011
Anwar Ibrahim Semakin Mabuk?
Anwar Ibrahim tersengeh-sengeh di atas katil hospital..sebab berjaya sekali lagi menipu rakyat!. Kali ini Anwar Ibrahim tidak keseorangan..kerana Mat Sabu pun dah pandai berlakon..untuk menipu rakyat!.
Pembangkang menggangap perhimpunan mereka berjaya..dan Hadi Awang penuh yakin rakyat akan terus bangkit menentang kerajaan BN!. Hadi Awang mabuk dan jelas delusion sebab..tidak ramai yang datang untuk berdemonstrasi bersama mereka!. Anwar Ibrahim juga delusion sebab kaitkan peristiwa Mesir dan Tunisia!.
Segala-galanya adalah satu permainan untuk pembangkang!. Pembangkang mainkan sentimen perkauman..tetapi menuduh BN yang melakukannya!. Pembangkang cetus isu agama..dan menyalahkan kerajaan BN pula!. Pembangkang api-apikan rakyat..tapi tuduh polis yang zalim!. Tiada yang betul untuk pembangkang walaupun sebahagian besar dari pembangkang menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN!.
Pembangkang mabuk kuasa..pembangkang mabuk untuk berkuasa!. Anwar Ibrahim dan konco-konconya terlalu taksub untuk berkuasa..hingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama!. Kalau Anwar Ibrahim nak sangat berkuasa..ambil alih kepimpinan negeri Pulau Pinang sebab itu negeri dia bukan negeri Lim Guan Eng!. Kenapa Anwar tidak beri kepimpinan Pulau Pinang kepada kaum majoriti..iaitu kaum Melayu!.
Kalau di Sarawak Anwar Ibrahim hasut kaum Dayak untuk rampas kuasa atas alasan kaum Dayak majoriti..kenapa pula Anwar Ibrahim biarkan orang luar menjadi ‘raja’ di negeri sendiri tetapi di negeri orang lain..lain pula cakap Anwar Ibrahim!. Sebaiknya Anwar Ibrahim perbetul dulu negeri sendiri sebelum cuba mengajar kepimpinan BN Sarawak bagaimana nak mentadbir!. Disebabkan terlalu pandai mentadbir lah ..semasa beliau menjadi TPM..negara hampir-hampir muflis!
Wednesday, 13 July 2011
MAT SABU PENDEK AKAL
Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari..perumpamaan Melayu sesuai dikaitkan dengan Mat Sabu..Timbalan Presiden PAS yang sudah mula mencebur diri dalam bidang lakonan politik!. Terbaru Mat Sabu dikatakan cedera di pergelangan kaki akibat dilanggar kereta polis semasa menyertai perhimpunan haram!. Kesian Mat Sabu..terpaksa guna kerusi roda..dan pakai kain..sebab kakinya tak boleh pakai seluar (mungkin juga tak pakai seluar dalam..he he).
Guru Mat Sabu..Anwar Ibrahim cedera di kepala..terpaksa guna oksigen!. Tiba-tiba ada pelakon tambahan pula!. Walau pun cedera..Mat Sabu masih mampu memberi kata dua kepada BN..dan dengan kembang hidungnya (yang sudah sedia besar tu) ..berjanji akan menggulingkan kerajaan BN dengan mengerah lebih banyak rakyat..untuk berdemonstrasi..jika BN tidak menunaikan tuntutan mereka!.
Itulah demokrasi menurut definisi Mat Sabu..orang pilihan PAS!. Ikut fahaman..kepala hotak Mat Sabu..kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak sah..selagi tuntutan pembangkang tidak ditunaikan!. Tak tahulah setakat mana tahap pendidikan Mat Sabu..tapi nampak sungguh tak cerdiknya Mat Sabu!!. Mungkin sebab inilah orang-orang PAS pilih Mat Sabu jadi Timbalan Presiden!.
Maka..mengikut fahaman Mat Sabu..bolehlah kita ramai-ramai gulingkan kerajaan Selangor..Pulau Pinang..Kelantan dan Kedah melalui demonstrasi..tuntut janji-janji pembangkang semasa pilihan raya..yang belum ditunaikan!
Subscribe to:
Posts (Atom)