Tuesday 5 July 2011

S.Ambiga Tidak Iktiraf Perdana Menteri Malaysia!

Kenyataan S.Ambiga bahawa beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram jika mendapat titah Yang Di Pertuan Agong membuktikan Ambiga tidak menghormati kerajaan Malaysia dan Dato Seri Najib, Perdana Menteri.Ambiga tidak akan tunduk kepada saranan Perdana Menteri ataupun polis. Amaran Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara tidak diendahkan oleh Ambiga..hingga semakin ramai pencacai-pencacai Ambiga ditahan oleh polis.

Kenapa Ambiga tidak menghormati kerajaan? Ambiga dan pemimpin BERSIH yang lain tidak mengiktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri! Ambiga menganggap rakyat yang memilih kerajaan sebagai bodoh dan bahlol ..sebab tidak beri kemenangan kepada pembangkang..seperti mana Hadi Awang pernah menghina orang Sarawak..sebagai masih bercawat dan tidak bertamaddun kerana memilih BN!.

Maknanya hanya pilihan raya di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan sahaja pilihan raya yang dijalankan bersih, adil dan telus sebab pengundi negeri-negeri ini memilih pembangkang menjadi kerajaan!. Suruhanjaya Pilihan Raya di lima buah negeri ini dianggap tidak berat sebelah kerana memberi kemenangan kepada pembangkang! Begitu lah pandangan seorang peguam yang berpendidikan tinggi..dan di kurniakan gelaran Dato!. Rugi ibu bapa S.Ambiga membiayai pendidikan hingga Ambiga berjaya menjadi seorang peguam!. Lagi rugi kalau pendidikan S.Ambiga dibiayai oleh kerajaan..kerana hari ini S.Ambiga memusuhi kerajaan Malaysia!. Ambiga tidak iktiraf kerajaan BN yang telah memberi segala kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia..termasuk Ambiga dan keluarganya!.

Murahnya publisiti Ambiga untuk dapat perhatian hingga sanggup gadai keamanan negara!. Demi karier politiknya Ambiga bersekongkol dengan pembangkang yang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan BN..tetapi bila memerintah negeri..habuk pun tarak..contohnya Kelantan!. Perumpaan Melayu menyebut..seperti seekor ayam jantan..kokok berderai-derai..ekor dipenuhi tahi!..lebih sesuai diberi kepada pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim..yang hidupnya sentiasa diselubungi skandal!.

2 comments:

  1. macam mana da si ambiga tu blh dpt gelaran 'datuk'....x layak lagsung, dapat gelaran 'nenek' barulah padan...kan..kan...

    ReplyDelete
  2. ambiga ni perosak negara la... byk sgt yg mustahil yg diminta yg sengaja nak menghuru harakan keamanan negara. cuba dia balik india dan minta yg macam2 spt mana yg dia minta kt malaysia ni, agak2 dapat x?

    ReplyDelete