Sunday 31 July 2011

ANWAR AKAN DISINGKIRKAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG


Tatkala ini DAP dan PAS merancang untukmenyingkirkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan bercadang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang. Tengku Razaleigh (Ku Li) dilihat lebih berpotensi sebagai Ketua Pembangkang berbanding Anwar Ibrahim yang diseliputi oleh kontroversi dan skandal!. Ku Li baru sahaja menubuhkan AMANAH..sebuah badan bukan kerajaan untuk menyaingi PERKASA dan BERSIH!.

Kepimpinan Ku Li (walau pun gagal menjadi Perdana Menteri) dilihat oleh DAP dan PAS sebagai amat berketrampilan..dan sepanjang tempoh sebagai ahli Yang Berhormat…kurang diseliputi kontoversi!. Ku Li pernah pernah tubuh Semangat 46 kerana gagal tumbangkan Tun Mahathir..dan menentang UMNO..tetapi akhirnya kembali ke pangkal jalan..menyertai UMNO dan terus kekal sebagai ahli Yang Berhormat.

DAP dan PAS juga melihat karisma Ku Li sebagai kelangsungan kuasa politik mereka terutamanya orang-orang Melayu yang dilihat mula kembali ke pangkuan BN akibat kecewa dengan janji-janji pembangkang yang tidak pernah ditunaikan!. Malah..pembangkang lebih fokus untuk mencerca menghina dan mengutuk setiap dasar kerajaan berbanding tumpuan kepada pembangunan masyarakat dan kawasan.

Ku Li juga dilihat akan terus mengekalkan PAS sebagai kerajaan di Kelantan..kerana pengaruh istana pastinya akan menjadikan PAS lebih kukuh dan sukar digugat!. Itulah hasrat sebenar kenapa PAS amat merindui kehadiran Ku Li dalam kem mereka!. Kredibiliti dan moral Anwar Ibrahim semakin dipersoalkan dan ini akan terus menjejas dan merosakkan peluang pembangkang untuk menawan Putrajaya!. Kehadiran Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengancam kedudukan DAP dan PAS sendiri..dan sudah tibanya Anwar Ibrahim disingkirkan dalam equation pembangkang!.

No comments:

Post a Comment