Sunday 26 June 2011

Kerajaan PAS Rampas Tanah Rakyat?


Ini rentetan proses pengambilan tanah rakyat oleh PAS..parti yang memperjuangkan negara kebajikan!
• Pejabat Menteri Besar Kelantan mengeluarkan surat pada 23 September 2008 mengarahkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengambil alih semua pengurusan projek-projek Felcra yang dipindahkan kepada Kerajaan Pas Kelantan berkuat kuasa pada 1 April 2008.
• Keputusan untuk menyerahkan projek tersebut kepada PMBK dibuat dalam mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan pada 5 Disember 2007.
• Pengambil alihan projek Felcra tersebut turut melibatkan tanah seluas 145.72 hektar di Air Piau 1 dan 2, Mukim Ulu Kusial, Tanah Merah.
• Jumlah keseluruhan tanah yang diambil alih PMBK daripada Felcra di seluruh negeri Kelantan ialah sebanyak 4,249 hektar.
• Pada 9 Januari 2011, seramai 69 peneroka asal tanah tersebut yang diketuai oleh Mohd. Zainol Ahmad telah menghantar surat kepada Menteri Besar untuk mendapatkan kembali tanah mereka.
• Pada 23 Januari 2011, Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Muhammad telah menghantar surat kepada Ketua Jajahan Tanah Merah dan melampirkan surat peserta terbabit.
• Pada 24 Mac 2011, Mohd. Zainol (wakil peneroka) telah menghantar surat rayuan kepada Felcra dan agensi itu memberikan jawapan bahawa pihaknya tidak ada kena mengena dengan tanah tersebut kerana ia telah diserahkan kepada PMBK melalui surat bertarikh 10 April 2011.
• Bagaimanapun sehingga hari ini, peserta terbabit tidak mendapat sebarang jawapan sama ada daripada Kerajaan Pas Kelantan, PMBK dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
• Ekoran daripada itu, pada 20 Jun 2011, peserta terbabit telah membuat demonstrasi secara aman di kawasan tersebut bagi menuntut semula hak mereka.
• Tanah tersebut diteroka oleh penduduk kampung berhampiran sejak tahun 1980-an lagi, dan PMBK tidak perlu mengeluarkan sebarang modal kerana peserta dan Felcra telah menanam getah.
• Ketika pengambil alihan itu, getah terbabit telah mengeluarkan hasil malah mereka mengalami kerugian yang amat besar tambahan pula kebanyakkan penoreh hanya petani dan bergantung harap dengan hasil getah sahaja.
(terima kasih blog www.selamatkanrakyatselangor.com )
Tuduhan-tuduhan pemimpin PAS terhadap kepimpinan BN Sarawak kini dikembalikan kepada kepimpinan kerajaan PAS Kelantan!. Itulah selalu sangat meludah ke langit..akhirnya ludah jatuh ke muka sendiri!. Bergegar Perhimpunan PAS dengan ucapan retorik Haji Hadi Awang yang mendakwa PAS akan perjuangkan negara kebajikan!..mungkin itulah kebajikan dalam maksud pemimpin PAS..kebajikan untuk pemimpin-pemimpin PAS!.
Banyak sudah air lior PAS jatuh ke muka sendiri sebab..selalu sangat fitnah orang lain..malah ada pemimpin PAS yang mengajak orang Islam untuk bersembahyang hajat..menjatuhkan kerajaan pimpinan Dato Seri Najib!.Orang Islam mendoakan kemudaratan ke atas orang Islam lain!..
Rasanya negara kebajikan PAS..bukan untuk orang Islam lain..seperti berlaku di Kedah semasa banjir dulu!. Orang-orang bukan penyokong atau ahli PAS..tidak mendapat bantuan kerajaan pimpinan Ostad Azizan…pemimpin PAS Kedah!. Kalau lah BN buat macam tu..mungkin lebih banyak tohmahan dilemparkan kepada pemimpin mereka!.
Kesianya ..peneroka-peneroka Ladang Piau..bertahun mereka membanting tulang..mencari rezeki untuk kehidupan..senang-senang kerajaan PAS rampas hasil penat jerih rakyat! Mungkin orang-orang ini bukan..penyokong PAS..sebab itulah tanah yang mereka terokai sejak tahun 1980an..dirampas oleh kerajaan PAS!
Kerajaan PAS makan hasil tulang empat kerat peneroka!

No comments:

Post a Comment