Monday 20 June 2011

Pemimpin BERSIH Rela Ditahan ISA


Kedegilan pemimpin BERSIH untuk meneruskan perhimpunan secara terang menentang undang-undang negara!. Pemimpin BERSIH sedar mereka akan ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika ditangkap kerana mengadakan perhimpunan haram. Pihak polis telah memberi amaran supaya BERSIH tidak mengadakan perhimpunan tersebut tetapi pemimpin BERSIH sudah bersedia untuk menghadapi apa-apa tindakan pihak kerajaan ke atas mereka.

Kebanyakkan pemimpin BERSIH terdiri dari pengamal undang-undang dan profesion peguam. Kelompongan (loopholes) dalam undang-undang negara diambil kesempatan oleh mereka untuk mencapai matlamat yang tidak bersih!. Amaran demi amaran diberi pemimpin kerajaan dan penguatkuasa undang-undang negara namun BERSIH sudah menutup semua pintu perundingan kerana desakan pemimpin-pemimpin pembangkang. Jika BERSIH tidak hiraukan undang-undang negara, maka peguam-peguam yang memimpin BERSIH harus berundur dari profesion mereka!.

BERSIH bukan NGO yang memperjuangkan keadilan sebaliknya NGO yang didalangi pembangkang!. Pemimpin BERSIH merupakan kuda tunggangan pembangkang yang berselindung disebalik nama NGO!. Untuk hapuskan petualang negara ini, hapuskan BERSIH dan pemimpin-pemimpin BERSIH harus ditahan kerana menimbulkan kekacauan dalam negara!. Lesen-lesen peguam dalam BERSIH harus ditarik balik!.

No comments:

Post a Comment