Saturday 4 June 2011

Kenapa BN Perlu Raih Simpati Pengundi Cina?


Pilihan raya lalu membuktikan sebahagian besar pengundi Cina sudah tidak lagi menyokong BN. Trend pengundi Cina hari ini jelas memihak pembangkang. Pengundi-pengundi Cina sudah terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang terutamanya DAP yang mengakui mereka memperjuangkan hak kaum Cina. Di kawasan bandaraya dan bandar-bandar utama negeri Sarawak DAP menang besar kerana sokongan padu pengundi kaum Cina. Mungkin ada yang mengatakan tidak semua pengundi Cina menyokong pembangkang. Benar sekali tetapi pengundi Cina yang mengundi BN terlalu sedikit! Malah di kawasan Taib Mahmud sendiri, pengundi Cina yang sedikit itu pun menolak BN!

Apa yang menyebabkan kaum Cina begitu marahkan BN? Siapa tahu kecuali kaum Cina sendiri! Banyak perkara dilakukan BN untuk kaum Cina! Beratus juta RM dihabiskan untuk menarik hati kepada kaum Cina! Pendidikan kaum Cina diberi perhatian khas oleh kerajaan tetapi semuanya tidak memadai! Apa lagi? Ekonomi negara dikuasai 85% oleh kaum Cina! Apa lagi?? Kalau BN nak tunaikan semua kehendak kaum Cina bagaimana dengan kehendak kaum bumiputera?

Kaum bumiputera di kawasan pedalaman merintih mengharungi segala kesukaran tanpa ada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan jalan raya yang berturap yang dinikmati oleh sebahagian besar kaum Cina di bandaraya dan pusat bandar utama! Kita bercakap mengenai jalur lebar, internet tetapi semua ini tidak dinikmati oleh kaum bumiputera yang tinggal di rumah panjang! Elok lah BN habiskan berbilion RM untuk penuhi semua keperluan kaum bumiputera kerana mereka akan sentiasa memberi sokongan kepada BN! Beri perhatian kepada sekolah mereka! Jangan terjadi perkara di SK Kabong dimana bangunan sekolah rendah runtuh disebabkan perhatian terlalu diberikan kepada sekolah Cina! Keperluan kaum Cina biar DAP dan PKR yang sediakan manakala keperluan bumiputera harus diberi perhatian serius, seseriusnya oleh BN!
Bukankah DAP dan PKR berjanji akan memberi bantuan kepada kaum Cina? Kalau mereka menyalak biarlah mereka menyalak kerana itu sahaja yang DAP dan PKR boleh lakukan! Mereka tidak mampu menyediakan Yayasan Pendidikan atau Biasiswa untuk kaum Cina tetapi mereka mampu menyalahkan kerajaan kerana tidak bersikap perihatin! DAP sudah memerintah hampir empat tahun di Pulau Pinang, belum ada lagi terdengar pelajar-pelajar dari negeri tersebut yang dibiayai oleh kerajaan negeri! Namun beribu pelajar-pelajar negeri Sarawak ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak! Malah Yayasan Sarawak menyediakan tempat tinggal untuk pelajar-pelajar pintar yang tidak berkemampuan!

BN tidak perlu membuang masa dan wang ringgit semata-mata nak tarik pengundi Cina sebab apapun yang dilakukan pengundi Cina tetap berkiblatkan DAP dan PKR! PRK Sibu contohnya membuktikan tiada rasa terima kasih pengundi Cina walaupun BN sediakan RM18 juta untuk pendidikan sekolah Cina! Malah RM1 juta diberi untuk Gereja Methodist Cina berbanding RM350 ribu untuk surau dan RM250 ribu untuk gereja Iban! Alangkah baik nya jutaan wang ringgit itu di peruntukkan kepada bumiputera, pastinya BN akan menang P.212 Sibu!

Satu pengajaran untuk BN supaya tidak terlalu ghairah mengejar yang berkemungkinan besar tak dapat tetapi yang dikendong terus berciciran!

No comments:

Post a Comment